Puteri Sarah positlf Covld-19, hil4ng deria rasa dan bau

SELEPAS Nora Danish dan Tiz Zaqyah memaklumkan sudah bebas daripada jangkitan Covld-19, kini pelakon Puteri Sarah Liyana pula memberitahu dirinya dij4ngkiti virvs itu pada Rabu.

Tidak berdepan sebarang simptom, Puteri Sarah, 35, berkata, dia disahkan positlf Covld-19 selepas membuat ujian calitan (swab test) ketiga.

“Assalammualaikum semua, sebaik-baik kita menjaga prosedur operasi standar (SOP) dan tak campur orang akhirnya kecund4ng jua.

“Saya individu dalam kategori C sebelum ini, disebabkan shooting dan dua kali buat swab test (keputusan) Sarah negatif.

Minta maaf sesiapa yang kontak rapat dengan Sarah dari 10 Mei pergilah swab test!

PUTERI SARAH

PELAKON

“Menyedihkan semalam buat lagi swab test sebab Sarah tak ada deria rasa bila makan dan tak ada deria bau (baru berlaku semalam) pergi buat ujian dapati saya positlf Covld-19.

“Sebelum ni kuarantin tiada simptom apa-apa pun, Sarah sihat tapi terkena juga, ” katanya.

Isteri kepada pelakon dan pengarah Syamsul Yusof ini berkongsi mengenai berita itu menerusi laman Instagram.

Perkongsian Puteri Sarah di Instagram.

Dalam pada itu, Puteri Sarah turut memohon maaf kepada keluarga dan kontak rapat yang pernah berhubung dengannya sebelum ini.

“Minta maaf sesiapa yang kontak rapat dengan Sarah dari 10 Mei pergilah swab test.

“Minta maaf kepada family saya, suami dan anak-anak… doakan kami semua ya. Jangan keluar rumah kalau tak ada apa-apa nak buat, jaga diri semua, ” ujarnya.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : Mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *