Siti Sarah Dapat ‘B0d0h’ Sebab Masak Dakwat Sotong Yang Dikatakan Har4m, Tapi Lepastu… – VIDEOVIRAL

Penyanyi Siti Sarah baru-baru ini berkongsi video masakan Sotong Masak Hitam di laman sosial Instagram (IG), namun hantaran tersebut menjadi pert1kaian netizen.

Ada di antara mereka yang mempert1kaikan Siti Sarah kerana memasukkan dakwat sotong ke dalam masakan yang didkwa harm.

Lebih menyedihkan apabila dia turut digelar b0d0h kerana tidak mengambil tahu dan kononnya memperlekhkan hukvm agama.

 
 
 
 
 
Lihat siaran ini di Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Siaran dikongsi oleh Siti Sarah Raissuddin (@sitisarahraissuddin)

Tidak mendiamkan diri, Siti Sarah bertindak bertanyakan tentang hal tersebut kepada individu yang lebih arif berhubung isu tersebut.

Dengan pertolongan suaminya, Shuib, mereka berjaya mendapatkan Imam Muda Asyraf untuk memberikan penjelasan.

Siti Sarah turut berkongsi rakaman suara Imam Muda Asyraf menerusi hantaran terbarunya di IG dan berharap agar ia menjadi manfaat kepada semua.

Menerusi rakaman tersebut Imam Muda Asyraf menjelaskan menurut mazhab Syafie dan sebahagian fatwa, dakwat sotong dikategorikan sebagai najis kerana apa sahaja yang berada dalam perut haiwan adalah najis.

Namun jelas beliau lagi, pandangan-pandangan hari ini sebahagian ulama menyatakan tidak harm kerana dakwat sotong bukan najis tetapi sebahagian daripada sotong itu sendiri.

“Jadi untuk selamat, jika sotong yang dimasak terus dengan dakwatnya maka ianya harus bersih, tak ada masalah.

“Kalau orang tanya, tak tahu nak jawab suruh pergi cari website Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, beliau ada sebut tentang dakwat sotong ini,” jelasnya.

Menerusi rakaman sama, Siti Sarah turut menyertakan pendapat daripada PU Azman mengenai kekeliruan tersebut.

“Memang ada di kalangan ilmuwan yang mengharmkan makan dakwat hitam sotong kerana berpendapat ia adalah najis.

“Tetapi dari sudut dalil, tidak ada dalil yang sahih dan jelas dari Al-Quran dan As-Sunnah yang mengharmkan makan dakwat hitam sotong.

“Maka ia harus atau boleh atau halal sehinggalah datang dalil yang mengharmkannya. Maka halal makan dakwat hitam sotong selagi ia tidak mendatangkan kemudaratan,” katanya

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

sumber: https://gempak.com/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *