“PKP 3.0 Akan Ada 5 Perkara Yang Bakal Bervbah Bermula 25 Mei ini.” Perk4ra No 5 Pasti Ramai Akan MengeIvh P4njang

Hari ini sidang media MKN dan KKM tentang PKP 3.0 yang masih berjalan. Rata rata netizen menunggu apakah yang akan terjadi minggu depan.

Desas desus bahawa PKP 3.0 akan dilaksanakan seperti PKP 1.0 dimana ‘l0ckdown’ menyeluruh akan dibuat tidak terjadi.

 1) Jumlah sekatan jalan raya akan ditambah

Menurut Menteri Ismail Sabri, sekatan jalan raya akan ditambah lagi untuk menghadkan perjalanan ketika PKP 3.0

2) Waktu operasi ekonomi akan dihadkan

3) 80% sektor kerajaan manakala 40% sektor swasta berkerja di rumah

Terdapat dua strategi untuk mengurangkan pergerakan ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kali ini, umum Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Jelas Ismail, strategi pertama adalah mengurangkan jumlah pekerja yang bekerja di pejabat sama ada sektor kerajaan mahupun swasta, manakala strategi kedua pula adalah menghadkan masa operasi sektor ekonomi.

4) Pengangkutan awam akan di kurangkan 50%

Maknanya, penumpang didalam pengankutan awam seperti bas dan tren dikurangkan sebanyak 50% dari kapasiti.

5) Operasi perniagaan dihadkan dari 8 pagi sehingga 8 malam.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri memaklumkan bahawa sekatan tambahan berkaitan sektor ekonomi akan bermula di seluruh negara pada 25 Mei ini.

Menurutnya, operasi perniagaan dihadkan kepada jam 8 pagi sehingga 8 malam sahaja. Sektor ekonomi ini melibatkan restoran, kedai makan, kedai runcit, pasar raya, kedai dobi, klinik haiwan dan perniagaan-perniagaan yang lain.

VIDEO

Reaksi warganet

“Aku bengang betul ayat duduk umah tu. dah klu kena keje bukan boleh duduk rumah pun. WFH 2 kali seminggu jek. Yg lain kena WFO so. Boleh ke nak duduk umah sahaja wahai menteri dan kerajaan”

“Sy sebagai salah seorang peniaga kecil lebih setuju utk lockdown. Dlm keadaan pkp 3.0 pun kami dh terjejas teruk. Berniaga tanpa pelanggan baik tutup terus. Duduk rumah”

“Kenapa mula buka kedai termasuk kedai makan pukul 8.00 pg. Sepatutnya dibenarkan buka lbh awal 6.30 pg atau 7.00 pg bagi membolehkan orang yang bekerja membeli makanan untuk dibawa ke office”

Terdahulu: PKP 3.0 akan diperketatkan

Kuala Lumpur: Kerajaan akan memperketatkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 yang sedang berkuat kuasa dengan penambahan sekatan lebih ketat ke atas sektor ekonomi dan sosial.

Keputusan itu dicapai sebulat suara menerusi perbincangan Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN): Pengurusan c0vid-19 yang dipengerusikan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, petang hari ini.

Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan sidang khas itu membincangkan secara mendalam situasi semasa penularan jangkitan c0vid-19.

Menurutnya, mesyuarat meneliti pembentangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berhubung status terkini kes c0vid-19 termasuk kadar kebolehjangkitan, kapasiti kesihatan setiap negeri dan cadangan tindakan bagi mengawal penularan jangkitan itu.

“Selain itu, sidang khas ini juga membincangkan status pelaksanaan PKP 3.0 yang sedang berkuat kuasa untuk tempoh empat minggu bermula 12 Mei lalu.

“Prosedur operasi standard (SOP) bagi PKP 3.0 sudah diperketatkan termasuk larangan rentas negeri dan daerah serta sekatan bagi aktiviti sosial, sukan dan rekreasi serta persidangan dan mesyuarat secara bersemuka.

“Namun begitu, penularan dalam komuniti yang semakin meningkat dan kewujudan varian baharu yang lebih agresif dengan kadar kebolehjangkitan tinggi menyebabkan usaha untuk melandaikan lengkung jangkitan mengambil masa yang lebih panjang,” katanya.

Menurutnya, mengambil kira perbincangan dan penelitian dalam sidang khas hari ini, mesyuarat sebulat suara bersetuju mengetatkan pelaksanaan PKP 3.0 yang sedang berkuat kuasa dengan penambahan sekatan lebih ketat ke atas sektor ekonomi dan sosial.

“Sidang khas ini turut membabitkan kerajaan negeri bagi mengambil kira situasi semasa di negeri masing-masing serta pandangan mereka terhadap usaha untuk mengekang penularan c0vid-19.

“Perincian mengenai sekatan tambahan ini akan diumumkan dalam sidang media Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaacob pada 22 Mei ini (esok),” katanya.

Sumber:EE sohor via ASN | utusan

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : https://www.motifviral.dnqj.my/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *