“Ada Yang GeIar Kami Artis Ni B0doh. Tapi Itulah, Kerana Nila Setitik, Ros4k Susu Sebelanga”

Sejak kebelakangan ini hangat diperkatakan mengenai selebriti did4kwa mel4nggar prosedur operasi standard (SOP) sehingga mengundang kemarahan rakyat.

Mengulas mengenai perkara itu, pelakon Que Haidar menggesa semua pihak berhenti merasakan diri memiliki hak istimewa lebih-lebih lagi ketika negara sedang berusaha menangani wab4k c0vid-19. Ujarnya, golongan artis perlu memberikan contoh baik memandangkan mereka sering menjadi perhatian masyarakat.

“Bersukat sama paras, bertimbang sama berat. Berdiri sama tinggi, duduk sama rendah. Perasan menganggap kita ini ‘kayangan’ patut dihentikan.

“Sebagai seorang figura awam, selebriti atau lebih mudah saya simpulkan, seseorang yang mempunyai pengikut yang ramai, kita sepatutnya menjadi teladan yang baik kepada masyarakat, “katanya.

Dalam pada itu, Que berharap mereka yang mendapat kebenaran rentas negeri tidak mengambil kesempatan kerana bimbang ia akan menyukarkan individu yang mempunyai urusan penting atau kecem4san kelak.

“Diharapkan semua pihak, tidak kira siapa, sekiranya memiliki surat kebenaran merentas negeri atau merentas daerah sekali pun jangan gunakannya untuk kepentingan sendiri atau mengambil kesempatan.

“Saya percaya, jika keadaan seperti itu berlaku, mungkin akan memberi kesan atau menyukarkan mana-mana pihak atau individu yang benar-benar mempunyai urusan penting atau kecemasan.

“Saya muak dan jelak membaca banyak komen menggelar golongan artis ni kayangan sehingga boleh terlepas dari mengikut SOP, terlepas dari hukvman atau sebagainya. Ada juga yang menggelar kami golongan artis ni b0doh. Tapi itulah, kerana nila setitik, ros4k susu sebelanga,” katanya.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : Rotikaya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *