Buat LIVE IG Packing Makanan, Ramai Tegur Uqasha Senrose Tak Pakai…

Sekarang ini dah ramai selebriti mula menceburi bidang perniagaan sebagai side income yang boleh mereka lakukan bagi menampung kos kehidupan harian.

Kini, bakal raja sehari iaitu Uqasha Senrose dan Kamal Adli telah sepakat bekerjasama dalam mengeluarkan produk makanan mereka sendiri dan lebih menarik lagi produk mereka itu ialah produk homemade.

Uqasha ada melakukan Instagram Live bagi menunjukkan cara beliau meletakkan coklat di dalam balang tersebut bagi dilihat sendiri oleh para pengikutnya di laman Instagram.

 
 
 
 
 
Lihat siaran ini di Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Siaran dikongsi oleh UQASHA SENROSE (@uqashasenrose2)

Walaupun nampak sedikit kekok di hadapan kamera tetapi Uqasha tetap berjaya mengisi bancuhan coklat di dalam beberapa bekas semasa live tersebut.

Namun ada sedikit kesalahan yang dilakukan oleh Uqasha di dalam video berkenaan yang mana beliau tidak memakai sarung tangan atau mengikat rambut dengan betul sehingga ditegur oleh penonton.

Mungkin ini merupakan kali pertama Uqasha membuat kerja di dalam Instagram live, itu yang sampai ada buat salah tu.

Teguran yang diberikan oleh penonton turut diterima baik oleh Uqasha, tetapi ada juga beberapa komen yang seperti menghentam tindakannya itu.

Mana tahu bekas yang diisi oleh Uqasha tu bukan untuk dihantar kepada pelanggan, mungkin untuk di makan sendiri kan?

Mustahil Uqasha dan Kamal tidak tahu tentang perkara asas dalam mengendalikan makanan kan?

Apa pun semoga perniagaan Kamal dan Uqasha akan berjaya suatu hari nanti!

Sumber foto dan video: Instagram Uqasha Senrose

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : hotfm

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *