Individu GagaI Hadir Suntikan Vksin Wajar Dikmpaun

KUALA LUMPUR: Kerajaan wajar mengenakan kmpaun kepada individu yang gagal hadir sesi janji temu vksinasi tanpa alasan munasabah.

Presiden Persatuan Pengguna Subang dan Shah Alam (CASSA), Datuk Dr Jacob George, berkata kumpulan itu mengganggu kelancaran Program Imunisasi C0VID-19 Kebangsaan, dan mengakibatkan negara lewat mencapai sasaran imuniti kelompok.

Katanya, kerajaan boleh mempertimbang jumlah kmpaun sesuai dikenakan kumpulan terbabit.

Beliau berkata, kerajaan wajar mewujudkan sistem penggiliran khas bagi menggantikan individu yang gagal menghadiri sesi janji temu vaksinasi tanpa alasan munasabah.

“Penguat kuasa perlu pergi ke rumah individu terbabit dan menyiasat bagi mengenal pasti punca kegagalan mereka menghadiri sesi ditetapkan. Keluarkan kmpaun kepada mereka jika didapati secara sengaja atau gagal hadir tanpa alasan munasabah.

“Mereka ini bukan hanya melambatkan negara capai imuniti kelompok, tetapi turut mengancam keselamatan vksin yang berkemungkinan rosak akibat tidak digunakan mengikut had masa ditetapkan.

“Negara juga perlu ada sistem penggiliran untuk menggantikan individu yang gagal hadiri sesi berkenaan. Dahulukan sesiapa sahaja yang sudah lama mendaftarkan diri untuk vksinasi,” katanya ketika dihubungi BH, hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas tindakan sekumpulan individu gagal menghadiri sesi janji temu vksinasi.

BH melaporkan, seramai 10,827 daripada 30,100 individu diberi janji temu melalui aplikasi MySejahtera bagi menerima suntikan vksin C0VID-19 di Kedah, dikesan tidak hadir antara 19 April hingga Sabtu lalu.

Kelmarin, dilaporkan hampir 10,000 penduduk di Kelantan dengan sebahagian besar berusia 60 tahun ke atas dikesan gagal hadir menerima sntikan vksin sehingga Ahad lalu.

Orang ramai mendaftar suntikan vaksin di Gua Musang, hari ini. - Foto NSTP/RAMLI IBRAHIM
Orang ramai mendaftar sntikan vksin di Gua Musang, hari ini. – Foto NSTP/RAMLI IBRAHIM

Dalam pada itu, Jacob berkata, pengambilan vksin C0VID-19 wajar diwajibkan kepada rakyat jika imuniti kelompok gagal dicapai.

“Kerajaan perlu beri peluang secukupnya kepada rakyat untuk mempertimbang baik buruk keputusan mereka sama ada mahu mengambil vaksin C0VID-19 atau tidak.

“Jika negara masih gagal mencapai imuniti kelompok walaupun sudah mengambil semua tindakan proaktif, jadi wajar pemberian vaksin diwajibkan kepada semua ahli masyarakat,” katanya.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber: BHOnline

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *