Akhirnya Fizo Omar beri respon bila dapat tahu bekas isteri ada hubungan dengan menteri

“Saya tak tahu apa-apa pun tentang kes Mawar dengan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Dr. Mohd. Khairuddin Aman Razali.”

Itu respons ringkas pelakon dan usahawan, Fizo Omar berhubung khabar angin memd4kwa bekas isterinya, Mawar Karim kini sedang menjalin hubungan dengan seorang menteri.

Menurut Fizo atau nama sebenarnya Wan Hafizol Wan Omar, 36, dia hanya mengetahui mengenai gos1p tersebut semalam.

“Saya tak tahu apa-apa pun tentang mereka dan baru dengar mengenai kes itu semalam,” katanya kepada Kosmo! Online hari ini.

Hasil tinjauan Kosmo Online!, Mawar atau nama sebenarnya Mawar Abdul Karim, 32, juga dilihat menafikan gosip tersebut kepada salah seorang pengikutnya dalam ruangan komen Instagram.

“Letih hendak baca, lebih baik cari nasi kandar.

“Macam-macam cerita keluar. Saya di Kuala Lumpur sahaja. Lepas ini dengan siapa pula nak muncul (digos1pkan),” balasnya kepada seorang pengguna Instagram yang mempersoalkan kesahihan gosip tersebut dalam ruangan komen.

Sehingga kini, usaha Kosmo! Online bagi mendapatkan sebarang komen daripada pemilik jenama tudung Fareeda itu masih belum berhasil selepas dia tidak membalas mesej.

Sejak Rabu lalu, tular maklumat dalam aplikasi WhatsApp berhubung Mohd Khairuddin ditahan dalam satu sekatan jalan raya (SJR) Perasing, di Kemaman, Terengganu pada 16 Mei lalu.

Dalam mesej tular tersebut, ketika ditahan, Ahli Parlimen Kuala Nerus itu didakwa berada dalam kenderaan bersama seorang wanita yang merupakan bekas isteri kepada pelakon Fizo Omar, Mawar Karim.

Gosip mengenai pemimpin Pas yang dikatakan sudah berkahwin dengan seorang wanita berstatus janda itu hangat diperkatakan sejak semalam.

Bagaimanapun, sehingga ini tiada sebarang penafian dibuat daripada kedua-dua pihak.

Terdahulu Mawar dan Fizo telah mendirikan rumah tangga pada November 2013 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Wan Maryam yang kini berusia empat tahun.

Bagaimanapun pasangan itu telah bercerai pada Julai 2019.

AHLI Parlimen Kuala Nerus, Datuk Seri Mohd Khairuddin Aman Razali menafikan beliau adalah individu yang ditahan semasa Sekatan Jalan Raya (SJR) di kawasan Perasing, Terengganu bersama bekas isteri seorang artis, Mawar Abdul Karim, hari ini.

Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi itu, berkata beliau juga menafikan laporan sebuah portal yang mend4kwa sudah berkahwin dengan Mawar dan menyifatkan semua dakw4an itu sebagai satu fitn4h terbaharu daripada mereka d3ngki kepada beliau.

“Semoga Allah membalas segala fitn4h mereka dengan seh1na-hin4nya!,” katanya seperti dilaporkan portal AgendaDaily

Sehubungan itu, beliau difahamkan sudah membuat laporan polis pada di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Terengganu berhubung dakwa4n tersebut dan akan mengambil tindakan undang-undang untuk menegakkan kebenaran.

“Saya akan keluarkan kenyataan penuh sejurus selesai membuat laporan Polis,” tegasnya.

Semalam, tul4r dalam mesej WhatsApp melibatkan Khairudin bersama wanita yang dikatakan Mawar itu semasa ditahan dalam SJR di Perasing.

Mawar yang pernah menjadi isteri kepada pelakon, Fizo Omar didakwa dilihat berada di dalam kereta yang sama dalam kereta Khairudin.

Sumber : Kosmo Online / Malaysia Post

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : https://mediabawang.net/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *