“Perkara Baik Tak B0leh Sembvnyi..” Haqiem Rusli Umum Nikah Akhiir Tahun

Memetik laporan BH Online, Haqiem atau nama penuhnya Ridzuan Haqiem Rusli menerusi sesi siaran langsung dalam Instagram berkata, dia tidak berniat menyembunyikan perkara baik daripada peminat.

“Saya tidak tahu bagaimana mendapat kekuatan mahu berkongsi soal mendirikan masjid ini. Tetapi, saya percaya perkara baik tidak boleh disembunyikan.
“Cuma, masih belum ada tarikh tepat mengenai tarikh yang bakal berlangsung, hujung tahun ini. Jujurnya, saya pun sudah menghadiri kursus kahwin, tahun lalu,” katanya.

Bagaimanapun, penyanyi lagu Mimpi itu tidak mendedahkan identiti bakal isterinya namun sudah mengenali gadis tersebut sejak dua tahun lalu.

“Saya hanya ingin peminat tahu, saya akan berkahwin, tidak lama lagi. Selebihnya, saya akan kongsi kelak,” ujarnya.

Sebelum ini, penyanyi. berusia 23 tahun itu pernah mengulas mengenai hubungannya dengan model kelahiran Australia berusia 16 tahun yang hanya diperkenalkan sebagai R.

Sumber: BH Online (Zaidi Mohamad)

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber  :  https://www.motifviral.dnqj.my/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *