“Jangan Jadi Kambing Hitam Sis..” Instagram Pengurus Media Sosial Ibu Neelofa Dihujani Komen Netizen

Semalam tular isu ibu kepada selebriti terkenal, Noor Neelofa yang didakwa telah mempertikaikan titah Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dan kemudiannya menyatakan perkongsian di Instagram tersebut dilakukan oleh pengurus media sosialnya. Bagaimanapun, rata-rata netizen melihat situasi itu seakan palsu dan dibuat-buat disebabkan cara penggunaan bahasa dan ejaan tangkap layar mesej di WhatsApp seperti telah dirancang.

Terkini, sorang wanita bernama Zulshafiqah Zulkafli telah tampil membuat permohonan maaf secara terbuka di Instagram peribadinya. Zulshafiqah yang dikatakan pengurus media sosial untuk ibu Neelofa iaitu Datin Noor Kartini mengakui kesalahannya berhubung tangkap layar yang tular di media sosial semalam dan telah menjelaskan keadaan sebenar yang telah berlaku.

“Saya adalah Pengurus Media Sosial akaun Instagram Datin Noor Kartini dan tersilap memuat naik tangkap layar.

“Tangkap layar itu adalah bertujuan untuk rujukan saya sahaja, tiada sebarang niat untuk dimuat naik di Instagram Datin Noor Kartini mahupun Instagram peribadi saya.

“Saya juga mahu menjelaskan, gambar dan tulisan asal yang dipaparkan adalah bukan dari penulisan saya mahupun Datin Noor Kartini sendiri,”

Zulsyafiqah juga sempat membuat permohonan maaf kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar termasuk seluruh Kerabat Diraja Johor. Bagaimanapun, perkongsian permohonan maaf di Instagram tersebut telah ditutup ruangan komennya lantas netizen pindh ke perkongsian sebelumnya dan luahkan rasa ragu dengan kredibiliti wanita itu yang dilihat tidak seperti memegang jawatan sebagai pengurus media sosial.

Selain itu, ada juga yang sempat mendakwa dan mempersoalkan adakah Zulshafiqah menerima ‘bayaran’ bagi menutup kesalahan isu berkenaan. Rata-rata komen daripada netizen dilihat ramai yang bersetuju dan percaya bahawa Zulsyafiqah dijadikan kambing hitam oleh Noor Kartini. Hal ini kerana ada yang memberi hujahan bahawa gaya Zulsyafiqah tidak seperti seorang pengamal media dan gambar-gambar di Instagram peribadinya itu kabur dan sudah lama tidak dikemas kini.

Ramai juga yang memberi komen meminta Zulsyafiqah menjelaskan perkara yang sebenarnya dan tidak menjadi kambing hitam kepada sesetengah individu dengan mudah. Sementara itu, sempat juga yang meminta Zulsyafiqah berkongsi gambar televisyen di rumahnya untuk lihat sama ada ia televisyen yang sama atau tidak. Amboi netizen!

Sumber: Instagram Zulshafiqah

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : hotfm

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *