“Jangan Sembur Sangat!” – Siti Sarah Beng4ng Rakyat Tidak Beradab Persoalkan Pihak Atasan

Semenjak kemunculan wab4k pandem!k c0vid-19 yang semakin menular dalam negara kita ini, rata-rata daripada rakyat Malaysia menjadi cacing kepanasan dek kerana berasa bimbang akan keadaan semasa kes positif gejala ini yang seolah-olah tiada penurunan. Hal ini telah membuatkan rakyat Malaysia menjadi lebih lantang bersuara dalam meluahkan isi hati mereka mengenai sebarang perkara yang mereka tidak setuju atau tidak berpuas hati terutamanya isu yang melibatkan keputusan pihak atasan.

Baru-baru ini tular sebuah video secara langsung yang bertajuk Total Lockdown: Apa Yang Kerajaan Gagal Belajar Dalam Setahun ini telah dimuat naik oleh seorang aktivis Sarawak, Iswardy Morni dalam laman rasmi YouTube akaun miliknya. Menerusi video yang berdurasi 37 minit itu, difahamkan pengisian video tersebut seolah-olah berbaur hasutan dan menghina Yang di-Pertuan Agong, l-Sultan Abdullah Ri;ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

 

Susulan daripada itu, sebagai selebriti tanah air, penyanyi Siti Sarah Raisuddin meluahkan isi hatinya mengenai sikap segelintir rakyat Malaysia yang seakan tidak menghormat! pihak atasan terutamanya apabila bertutur mengenai pemimpin-pemimpin negara. Menerusi posting sedutan klip video Iswardy di akaun Instagram milikmya, Siti Sarah berpendapat bahawa segelintir rakyat Malaysia seolah-olah sudah lesap ‘adab’ dalam diri mereka dek kerana sering melemparkan makian dalam percakapan dan tidak menjaga perasaan orang lain sebelum meluahkan kata.

 
 
 
 
 
Lihat siaran ini di Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Siaran dikongsi oleh Siti Sarah Raissuddin (@sitisarahraissuddin)

“And sorry to say kenapa orang sekarang suka hati je cakap bodoh, B***, c***** dah macam snack. Main tulis je kat social media. Kenapa eh? Mencarut tu membagi gigil kalau tak sebut sehari” luah Siti Sarah menerusi kapsyen posting tersebut.

Menerjah di ruangan komen posting  tersebut, ramai dalam kalangan pengikutnya yang turut bersetuju dengan kenyataan Siti Sarah mengenai sikap dan tingkah laku sesetengah masyarakat kita yang tidak mempunyai tanda hormat kepada pemerintah negara. Rata-rata daripada mereka turut tidak mengemari dengan tindakan ‘berani’ mereka dalam menegakkan kebenaran.

 

Ada betul juga apa yang diperkatakan oleh Siti Sarah itu. Sebagai rakyat Malaysia yang berbilang kaum, adalah menjadi tanggungjawab kita untuk sentiasa menjaga pertuturan lebih-lebih lagi apabila bercakap mengenai isu negara. Kita semua berada dalam keadaan yang perit untuk menghadapi ujian yang berat ini namun, perkara itu bukanlah menjadi asbab untuk kita menjadi ‘kurang ajar’ kepada pemimpin negara. Sebaliknya, luahkan pendapat dengan cara yang betul. Kita haruslah menjadi rakyat yang bersatu untuk membanteras wabak membawa maut agar suatu hari nanti kita menang semula.

Penulis: Aqilah Paharuzi

Sumber: Instagram Siti Sarah 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : hotfm

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *