“Ladies & Gentlemen, Welcome To IDCC..” Suara Krew Kabin Jadi Sukarel4wan Di Pusat V4ksinasi Buat Ramai Rindu N4ik ‘Flight’

Umum mengetahui antara pekerjaan yang terjejas teruk semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) adalah mereka yang bertugas di awan biru.

Bukan hanya juruterbang yang terpaksa dikurangkan perkhidmatannya, tetapi krew kabin seperti pramugari dan pramugara juga mengalami nasib sama.

Jadi, bagi meneruskan hidup ada yang beralih arah melakukan pekerjaan-pekerjaan di ‘darat’. Ada juga yang memilih untuk menjadi sukarelawan di pusat vaksinasi bagi membantu memudahkan para petugas barisan hadapan menyuntik vaksin.

Betul2 macam dalam pesawat

Dalam satu perkongsian di Twitter, satu rakaman video mengenai seorang sukarelawan yang merupakan krew kabin membuat pengumuman telah tular.

Ramai dari AirAsia & MAS

Mana tidaknya, pengumuman yang dibuat menggunakan intonasi seorang krew kabin ketika memberi maklumat kepada para penerima vaksin telah membuatkan ramai yang rindu akan suasana di kapal terbang.

Menerusi perkongsian yang dibuat oleh @aafirashid, video itu diambil di IDCC Shah Alam dan memaklumkan bahawa kebanyakkan sukarelawan disitu merupakan krew kabin dari syarikat penerbangan AirAsia dan juga Malaysia Airlines.

Sedapnya suara, terus rasa macam nak pakai seatbelt

Sehubungan dengan perkongsian tersebut, ramai warganet telah meninggalkan komen dengan mengakui rindu akan suasana di lapangan terbang.

Mereka juga sempat bergurau dengan membayangkan keadaan semasa dalam pesawat walaupun hakikatnya hanya berada di pusat vaksinasi IDCC Shah Alam.

Lamanya tak travel!

 

Betul2 feel macam dalam plane!

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : https://wwwotifviral.dnqj.my/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *