‘Wei, Mak Dah M4ti Ni. Transfer Aku Duit Mak RM6k, Aku Sempat Ambil Nombor Pin Mak’

Pemergian insan tersayang terutamanya ibu bapa merupakan satu momen yang sangat sedih dan perit sehingga tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. Bayangkan, insan yang banyak berk0rban masa dan tenaga menjaga serta menyayangi kita sepenuh hati telah pergi buat selama-lamanya.

Tetapi berbeza pula yang terjadi kali ini apabila ada seorang anak did4kwa seakan tidak sedih dengan pemergian ibu sebaliknya hanya mementingkan wang sahaja.

Kisah ini dikongsikan oleh seorang pengguna Twitter iaitu hypePeep. Kejadian menyayat hati ini telah menimpa seorang wanita berusia 96 tahun ketika berada di salah sebuah wad Cov1d-19. Menurut sumber, pada suatu malam, wanita ini berada dalam keadaan t3nat. Oleh itu, disebabkan faktor umur, pihak perubatan dipercayai membuat keputusan membenarkan anak wanita ini yang turut positif Cov1d-19 untuk menjaga ibunya di wad tersebut.

Namun siapa sangka, dua hari kemudian, wanita ini telah pergi buat selama-lamanya. Tetapi apa yang lebih mengejutkan apabila individu ini mend4kwa terdengar perbualan si anak di telefon memaklumkan bahawa si ibu sudah men1nggal dunia dan disebabkan dia telah menjaga ibunya di wad, dia meminta wang berjumlah RM6.000.

Paling tidak disangka, si anak terbabit dikatakan sempat meminta nombor pin akaun bank ibunya. Kejam! Menjengah ke ruangan komen, kebanyakan netizen meluahkan rasa geram dan tidak berpuas hati dengan tindakan si anak yang tergamak mementingkan diri dan ‘gilakan’ harta.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : ohbulan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *