[VIDEO] DSV ingin buat pembed4han pl4stik, ini jawapan Cik B buat DSV terdiam 

Kemunculan aplikasi-aplikasi beauty camera seiring dengan perkembangan teknologi telefon pintar telah mengubah cara orang ramai menggunakan media sosial. Ini kerana mereka dapat memanipulasi rupa sebenar mereka untuk kelihatan lebih berseri tanpa memerlukan solekan.

Filter-filter kecantikan yang disediakan dalam aplikasi-aplikasi kamera dapat mengubah ciri-ciri penampilan pengguna seperti memperbaiki bahagian-bahagian tertentu pada wajah berdasarkan standard kecantikan yang tidak realistik, seperti mata terlalu besar, hidung terlalu kecil, dan dagu terlalu runcing.

Tidak hairanlah filter-filter kecantikan yang tular menyebabkan ramai yang obses untuk mendapatkan wajah mereka sama seperti dalam filter sehingga ada yang sanggup melakukan pembed4han plastik.

Seperti baru-baru ini pula, Cik B, anak kepada jutawan kosmetik terkenal Dato’ Seri Vida berkongsikan video di mana mamanya itu meluahkan hasrat untuk melakukan pembed4han pl4stik.


Dalam video yang dikongsikan remaja itu di Twitter, DSV menunjukkan gambarnya yang diletakkan filter kepada Cik B dan memberitahu anaknya dia ingin kelihatan seperti itu.

Cik B memberitahu DSV bahawa rupanya itu seperti Barbie Doll dan dia tidak suka Barbie Doll, tetapi DSV tetap berkeras ingin kelihatan seperti filter berkenaan dan memberitahu anak perempuannya bahawa dia ingin melakukan pembed4han pl4stik.

Cik B menolak hasrat DSV itu dan mengingatkannya bahawa perkara itu berdosa, membuatkan usahawanita itu tunduk terdiam, sebelum mengetawakan ibunya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : HCL

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *