Adik cantik semula jadi…” Adik perempuan ‘berlakon’ jadi Sajat buat netizen geli hati

Umum sedia maklum bahawa sehingga kini usahawan kosmetik, Muhammad Sajjad Kamaruzzaman atau Sajat masih belum ditemui pihak berkuasa namun dilihat aktif melayari laman Instagram.

Bagaimanapun, tumpuan warganet tiba-tiba berubah kepada adik perempuannya yang dikenali sebagai Mustika dimana sering memuat naik video di platform TikTok.

Menerusi sebuah video, Mustika melakukan ‘miming’ dialog si abang serta ekspresi wajah yang bersesuaian dengan berceloteh mengenai dua orang anak angkat Sajat iaitu pasangan kembar Syaza dan Syahmi.

“Sajat ni biarlah anak-anak makan dulu. Abang (Syahmi), time to eat lepas tu makan ubat,” antara ‘lakonan’ dijayakan oleh Mustika.
 

“Office aku pun kat Padang Jawa (Shah Alam), lagi la nak suruh aku cakap bahasa Inggeris. Lain la office kat Beverly Hills (California), class la nampak!,” tutur Mustika melakonan dialog tersebut.

 

Selain itu, sebuah lagi video turut meraih tontonan ramai apabila ‘Sajat’ membebel mengenai penguasaan bahasa Inggerisnya selepas dikritik netizen.

Melihat ke ruangan komen, ramai terhibur menonton parodi itu serta mengakui agak keliru kerana dibayangi perwatakan Sajat berikutan wajah adik-beradik tersebut dilihat sangat mirip.

Difahamkan, Mustika pernah menceburi bidang hiburan tidak lama dahulu selain turut tular tangkapan skrin tulisan dirinya di posting Instagram yang memanggil Sajat sebagai abang.

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : http://trendingkini.pw/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *