Comel, Telatah Kanak-Kanak Perempuan Menyanyi Minta Google Cari Lagu

Teknologi semakin hari boleh dikatakan semakin canggih zaman kini. Semua nya hanya berada di hujung jari sahaja. Jika ingin mencari lirik atau lagu semuanya boleh di google sahaja. Begitulah apa yang dilakukan oleh seorang kanak-kanak perempuan ini.

Mulai tul4r di twitter apabila ada akaun yang memuat naik satu video yang berasal dari Tiktok menunjukkan seorang kanak-kanak perempuan yang bertanyakan kepada google untuk membuat carian lagu yang dinyanyikan itu.

Mula menyanyi pada telfon pintar yang dipegang ditangannya. Semua yang mendengar tidak akan memahami bait perkataan dan lirik lagu yang dinyanyi kan kanak-kanak ini, namun tetap comel kelihatan lagaknya itu.

Namun sangat mengejutkan apabila lagu yang dinyanyikan itu dapat dikesan oleh google dimana lagu yang dicari adalah Let It Go, iaitu runut bunyi untuk filem animasi Frozen yang memang terkenal dalam kalangan kanak-kanak.

Gelagat kanak-kanak ini menarik perhatian ramai kerana telatahnya itu membuatkan ramai yang terhibur dan menyebabkan video terbut meraih ribuan retweets dari pelayar twitter.

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang terhibur dengan gelagat kanak2 itu dan meninggalkan pendapat masing2 selain turut memuji aplikasi google yang hebat kerana mampu mengesan apa yang diinginkan oleh kanak2 tersebut.

Teks by Staff Motif Viral

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : Twitter cleanlinesskeny by Motif Viral

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *