Rody Kristal pos1tif Cov1d-19 selepas jadi kontak rapat adik ipar – “Nak tidur pun tak selesa sebab berpeluh dan mengg1gil”

GITARIS kumpulan Kristal iaitu Rody disahkan pos1tif Cov1d-19 selepas menjadi kontak rapat adik iparnya yang dijangk1ti wab4k tersebut terlebih dahulu.

Menurut Rody atau nama sebenarnya Mohd Rodi Baharudin, adik iparnya mengalami dem4m selama tiga hari dan isteri serta anak mereka turut dij4ngkiti Cov1d.

Tambahnya lagi, jangk1tan itu berlaku disebabkan mereka kini menetap di rumah ibu bapanya sejak dua bulan lalu.

Rody luah rasa rindu terhadap isteri dan anak-anaknya di Instagram.

“Saya disahkan pos1tif Cov1d-19 selepas membuat ujian calitan pada semalam (Sabtu). Saya lakukan swab test selepas menjadi kontak rapat adik ipar yang juga disahkan pos1tif.

“Dia sudah tiga hari alami demam dan bila buat swab test, keputusan positif. Adik saya dan anak mereka juga pos1tif. Mereka sekeluarga memang duduk bersama ibu bapa saya.

“Kebetulan, kereta saya berada di bengkel selama hampir dua bulan sebab rosak. Jadi, saya tak ada kenderaan dan terpaksa menumpang rumah mak sebab nak pinjam kereta bapa bila ada kerja,” katanya kepada mStar.

Sebelum ini, Rody berkongsi berita sedih mengenai dirinya dijangk1ti Cov1d menerusi laman Instagram miliknya pada Ahad dan rata-rata netizen mendoakan agar pemuzik itu dan adik serta keluarganya cepat sembuh.

Masa selepas tahu adik dan suaminya positif, keadaan saya ok lagi… tak ada rasa apa-apa.

RODY

GITARIS KRISTAL

Dalam pada itu, Rody meluahkan rasa syukur apabila ibu bapanya dan isteri, Niena Azman, serta dua orang anak mereka tidak dijangk1ti.

Berkongsi mengenai simptom, Rody memberitahu dia ada mengalami sakit kepala dan badannya mengg1gil pada malam sebelum melakukan ujian calitan.

“Alhamdulillah, keputusan swab test isteri, anak dan ibu bapa saya negatif dan mereka kini tinggal di rumah saya. Manakala saya kuarantin di rumah ibu bapa bersama adik, suaminya dan anak mereka.

Isteri dan dua orang anak Rody tidak dijangki1ti Cov1d-19.

“Masa selepas tahu adik dan suaminya positif, keadaan saya ok lagi… tak ada rasa apa-apa. Tapi bila dah malam, baru mula batuk, nak tidur pun tak selesa sebab berpeluh tapi badan mengg1gil.

“Bangun pagi tu memang rasa tak sedap badan… habis badan jadi s3ngal-s3ngal, sakit kepala dan sendi-sendi sakit. Sebab itu saya terus pergi klinik buat swab test dan keputusan tak baik… saya positif,” ujarnya.

Rody berkahwin dengan Niena yang juga penjaga gol skuad futsal wanita kebangsaan di Kulai Johor pada 27 April 2018 dan dikurniakan dua anak lelaki, Adithya Jabbar, 2 dan Barie Habibullah yang lahir pada 7 Julai tahun lalu.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : mStar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *