Peminat K-P0p Sembuh C0v1d-19 Bikin Gempak! Kongsi Vide0 ‘J0urney’ Ambil Sunt1kan V4ksin K4lah Trailer Filem

Gempak, Begitulah yang dapat digambarkan mengenai video kisah perjalanan seorang pemuda yang teruja untuk menerima dos pertama v4ksin C0v1d-19.

Berlatarkan lagu Survivor yang dipopularkan oleh kumpulan Destiny’s Child, video yang memaparkan pengalaman seorang bekas pes4kit C0vid-19 menjadi perhatian netizen.

“Perghhh macam tengok iklan dekat wayang. Serius gempak,” komen seorang netizen berhubung video yang meraih lebih 160,000 tontonan di aplikasi TikTok.

“Dah macam travel la pula, tapi hakikatnya pergi (ambil) v4ksin.”

“Nak pergi (ambil) v4ksin je, tapi dia punya video kalah trailer filem.” antara komen-komen netizen lain.

Pemuda berkenaan, Muhammad Izzani Islahuddin memberitahu, dia merupakan bekas pes4kit C0v1d-19 selepas dij4ngkiti v1rus itu tanpa gej4la pada 1 Februari lalu.

Anak muda berusia 22 tahun itu berkata, dia dimasukkan ke Pusat Kuar4ntin dan Raw4tan C0v1d-19 (PKRC) di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (Maeps) di Serdang, Selangor selepas mengalami gej4la ketika hari ketujuh menjalani kuar4ntin di rumah.

“Setelah tiga bulan dij4ngkiti C0vid-19, saya berpeluang untuk menerima sunt1kan vksin. Saya tahu pes4kit C0vid-19 yang telah pulih mempunyai r1siko untuk dij4ngkiti semula.

“Vksin ni merupakan perlindungan terbaik untuk meningkatkan imunisasi badan dengan mengurangkan ris1ko dijngkiti C0vid-19,”.

Lebih mesra disapa Zany, dia mengimbas kembali detik sewaktu disahkan positif selepas menjadi kontak rapat kepada bapanya yang mendapat jngkitan itu di tempat kerja.

“Jujurnya, masa tu saya down sangat sebab saya berada di rumah selama empat minggu kerana sibuk dengan kelas secara dalam talian dan melakukan tugasan pengajian.

Saya ambil masa untuk memperoleh kekuatan, dengan menghasilkan video-video di TikTok memperoleh sokongan keluarga dan rakan-rakan. Saya reda dengan dug4an yang menimpa saya,” ujarnya yang berasal dari Seri Kembangan, Selangor..

Menurut anak kedua daripada tiga beradik itu, dia memperoleh slot tempahan sunt1kan vksin AstraZeneca menerusi pendaftaran secara dalam talian pada Mei lalu.

Dia juga tidak dapat menyembunyikan perasaan gembira dan teruja menjelang tarikh janji temu di pusat pemberian vksin (PPV) di PWTC di Kuala Lumpur, pada 2 Jun.

“Memang excited. Saya bersemangat untuk menerima sunt1kan vksin. Saya nak tunjukkan semangat itu menerusi kisah perjalanan saya yang dibuat dalam video.

“Rasa teruja ambil vksin tu macam dapat ‘jemputan’ daripada menteri kesihatan. Saat kena cucvk vksin, saya bersyukur kerana tak sangka menjadi antara orang awam yang terawal menerima vksin,” katanya yang turut berkongsi keterujaan akan menerima vaksin, di laman sosial kira-kira seminggu sebelum tarikh janji temu.

Zany yang merupakan pelajar Ijazah Sarjana Muda Sains Fizik di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di Bangi menasihatkan orang ramai sama ada pernah dijangkiti atau tidak dijangkiti Covid-19, supaya mengambil suntikan v4ksin demi kebaikan bersama.

Dalam pada itu, peminat kumpulan K-Pop Twice itu mended4hkan bahawa dia sepatutnya menghasilkan video ‘survivor’ sebaik dibenarkan pulang ke rumah selepas pulih C0vid-19.

“Patutnya nak buat selepas ‘survive’ dijngkit. Tapi masa tu saya sibuk nak kemas rumah, nak sanitasi dan perlukan masa untuk berehat dan bertenang.

“Bila tiba janji temu untuk ambil v4ksin, saya fikir inilah harinya untuk kongsi perjalanan saya dari seorang bekas pes4kit C0vid-19 kepada penerima sunt1kan v4ksin C0vid-19.

“Tak sangka video ‘journey’ saya mendapat perhatian hingga ada yang minta saya buat tutorial. Teknik suntingan dan rakaman video ini mendapat inspirasi daripada video-video trailer video muzik lagu-lagu K-Pop,” katanya yang sering berkongsi minat menari terutama lagu-lagu K-Pop dan suntingan video di TikTok.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber: Mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *