Ameera Khan Dedah Jika Diberi Pilihan Mahu Pindah Ke Kelantan

Ameera Khan mendedahkan bahawa beliau lebih memilih Kelantan dari Kuala Lumpur di Instagram story miliknya

Sering dikatakan persis Kylie Jenner tetapi versi Malaysia, Ameera Khan atau nama komersialnya Little Miss Khan (LMK) yang kini sudah berhijrah dilihat semakin manis mengenakan hijab.

Mengikuti perkembangan terbaharu, Ameera yang juga adik kepada selebriti terkenal iaitu Neelofa baru-baru ini telah membuka ruangan ask me a question kepada pengikut di laman Instagram miliknya untuk bertanyakan apa sahaja soalan.

Antara soalan yang diterima adalah, adakah Ameera memilih untuk tinggal di Kuala Lumpur ataupun Kelantan.

Tanpa ragu-ragu, Ameera menjawab dengan penuh yakin bahawa beliau memilih Kelantan jika diberi pilihan berbanding Kuala Lumpur.

Rasanya pengikut Ameera pasti sudah sedia maklum dan mengetahui bahawa Ameera sememangnya berasal dari Pasir Mas, Kelantan sebelum berpindah ke Kuala Lumpur, mungkin sebab itu beliau lebih memilih negeri Cik Siti Wan Kembang tersebut.

Siapa sangka gadis yang memiliki perwatakan bandar dan sentiasa berani bereksperimentasi dengan fesyen ini juga sebenarnya Iebih memilih untuk tinggal di kampung berbanding bandar seperti yang didedahkan di laman Instagramnya.

Dalam pada itu, mengikuti perkembangan beliau yang kini sudah berhijab, ada yang bertanyakan bagaimana perjalanan hijrah Ameera setakat ini, beliau tampil menjawab memberitahu bahawa dirinya sangat bahagia dan tenang.

Sumber : https://www.hotfm.com.my/hotselebriti-kampung-100-ameera-khan-dedah-jika-diberi-pilihan-mahu-pindah-ke-kelantan/

 

Artikel yang berkaitan :

Adik kepada selebriti terkenal Neelofa, Ameera Khan pula menjadi bualan hangat netizen.Nur Ameera Khan itu sudah berhijab.

 
 
 
 
 
Lihat siaran ini di Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Siaran dikongsi oleh Ameera Khan (@littlemisskhan)

Selepas kakaknya Nor Neelofa mendirikan rumah tangga,Ameera Khan terus mengenakan gaya baharu dan kini beliau terus menjadi seorang model yang berhijab.

 
 
 
 
 
Lihat siaran ini di Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Siaran dikongsi oleh Ameera Khan (@littlemisskhan)

Rata-rata netizen gembira dengan perubahan Ameera Khan.Beliau yang kini tampak lebih manis dan menawan saat mengayakan tudung.

KOMEN NETIZEN:

 

Baca Juga Artikel Berikutnya :

Satu perkongsian foto daripada adik selebriti dan usahawan terkenal, Neelofa iaitu Ameera Khan mencuri perhatian wargamaya.

Di dalam ramai yang bakal memberikan tumpuan buat kakaknya yang bakal mendirikan rumah tangga esok sebagaimana yang didakwa sesetengah pihak, penampilan terkini bintang media sosial itu nyata mencuri pandang.

Mengenakan tudung dalam rona pastel lengkap dengan kemeja putih yang longgar, Ameera menerusi Insta Story menulis kapsyen, ‘first day of my new journey. Finally feel so at peace and complete. Alhamdulillah.’

Lalu, menerusi ruangan komen pada foto tersebut, rata-rata menyambut baik posting berkenaan, selain ada yang mulai membayangkan pemilik nama lengkap Nur Ameera Khan itu kini sudah mulai berhijab.

Malah Neelofa sendiri ada meletakkan emoji berbentuk hati pada ruangan komen serta memberikan respon positif di Insta Story.

“Alhamdulillah syukur… Semoga Allah sentiasa memilihmu adikku sayang,” tulis Neelofa selain meminta ramai mendoakan Ameera selalu.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : http://trendingkini.pw/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *