Amar Baharin Ajak Hafal Surah Al-Mulk, Al-Kahfi Sepanjang L0ckd0wn

Berikutan pelaksanaan PKP3.0, pihak Astro Prima dan syarikat produksi Global Station Sdn. Bhd. mengambil keputusan untuk menghntikan sebarang aktiviti penggambaran drama adaptasi Hati Yang Dikhi4nati (HYD) yang ditayangkan menerusi slot Tiara pada setiap hari Isnin hingga Jumaat, jam 6.00 petang berkuatkuasa serta merta.

Keputusan tersebut sekaligus memberi kesan kepada slot jadual siaran drama tersebut yang juga terpaksa direhatkan buat sementara waktu bagi episod ke-41 dan seterusnya bermula Isnin lalu, 7 Jun 2021.

Bercakap mengenai penundaan sesi penggambaran HYD, pelakon utamanya, Amar Baharin mengakui agak terkilan dengan keputusan berkenaan.

Begitupun, Amar terpaksa akur memandangkan ia merupakan keputusan terbaik untuk menangani penul4ran w4bak C0VID-19 yang semakin meruncing di negara ini.

“Agak terkilan kerana terpaksa ditunda. Tapi kami reda dan mematuhi SOP yang telah ditetapkan agar kita sama-sama dapat mengawal kadar kebolehj4ngkitan C0VID-19 untuk kebaikan kita bersama.

“Saya mewakili penonton-penonton setia HYD mengharapkan supaya tayangan HYD dapat diteruskan setelah semuanya beransur pulih, insya-Allah,” katanya.

Dalam pada itu, Amar turut mengambil kesempatan untuk mengajak penonton melakukan perkara-perkara baik sepanjang tempoh lockdown.

“Nasihat saya kepada penonton sepanjang lockdown supaya sentiasa mengamalkan cara hidup sihat ketika berada dirumah. Cuba buat sesuatu yang bermanfaat yang mungkin kita jarang dapat buat sebelum ini kerana kekangan masa.

“Contohnya hafal surah Al-Mulk dan Al-Kahfi, berpuasa sunat Isnin dan Khamis atau puasa Hari Putih, banyakkan solat-solat sunat seperti Tahajjud, Witir, Duha dan hajat, serta bagi yang memasak, boleh cuba menu-menu baharu untuk keluarga,” katanya.

Untuk rekod, drama bersiri terbaharu Derita Untuk Bahagia mengambil

alih slot HYD dan sudah mula ditayangkan mulai 7 Jun lalu.

Sumber: Oijom

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : https://www.motifviral.dnqj.my/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *