“Artis-Artis Hauk..” Muat Naik Foto Tanpa Penjarakan Fizikal, Yusuf Bahrin Terpaksa Delete Video

Nampaknya sekarang ini kuasa viral netizen bukan lagi satu perkara yang boleh dipandang ringan.

Kadang-kala kuasa netizen ini boleh membongkarkan sesuatu perkara yang tidak disangka-sangka.

Kini giliran pelakon Yusuf Bahrin diserang oleh warganet ekoran isu tiada penjarakan fizikal dan tidak memakai pelitup muka ketika bergambar bersama dengan selebriti lain.

Ruangan komen video yang dimuat naik oleh Yusuf telah dibanjiri dengan soalan daripada warganet sehingga membuatkan beliau terpaksa memadam posting berkenaan kerana tidak mahu isu itu berpanjangan.

Seperti kita tahu, sedang kecoh satu isu yang mana terdapat sebuah program hiburan yang dibarisi seramai 50 orang juri terpaksa dihentikan siaran akibat amukan netizen yang mempertikaikan program berkenaan.

Mereka mempersoalkan mengapa program berkenaan menampilkan seramai 50 orang juri sehingga dilihat tiada penjarakan fizikal dan selebriti terlibat turut tidak memakai pelitup muka.

Nampaknya semua selebriti kena lebih berhati-hati dalam memuat naik setiap posting di laman sosial mereka.

Maklumlah, sekarang ni setiap tindak tanduk mereka sedang diperhatikan oleh netizen, salah sikit je confirm kena kecam.

Sumber foto dan video: Instagram Yusuf Bahrin

Sumber : hotfm

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : http://www.terengganutv.bbn.my/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *