Dakw4an terseb4r rakam4n dia sed4ng betvlkan sesu4tu, Neeta tampil bagi penjelasan

Kuala Lumpur: “Saya tak sangka orang dalam industri pun boleh bersikap sebegini,”.

Demikian kata penyanyi dan pengacara, Neeta Manis mengenai tindakan seorang individu yang bekerja dalam industri hiburan dan memuat naik potongan video menunjukkan dia seolah-olah sedang membetulkan p4yudaranya di TikTok.

Neeta ketika dihubungi berkata, dia dan pihak pengurusannya sudah menghubungi individu itu, namun belum menerima sebarang jawapan.

“Saya dimaklumkan oleh seorang kenalan mengenai kewujudan video itu di TikTok. Bila nampak saja, saya pun tak selidik siapakah individu berkenaan dan terus melaporkan mengenai video itu di TikTok.

“Bila berborak dengan beberapa kenalan, mereka memaklumkan bahawa individu itu adalah orang di dalam industri hiburan,” katanya kepada Harian Metro.

Menurutnya, dia kecewa dengan tindakan individu itu yang sepatutnya sedar apakah kandungan yang sesuai untuk dikongsikan kepada pengikut TikTok

“Bagi saya, orang dalam industri sendiri sepatutnya lebih tahu apakah kandungan yang sesuai dan apa pula kesan akan berlaku sekiranya sesuatu kandungan tidak berm0ral dimuat naik.

“Ini tidak. Sikap dan tindakan yang ditunjukkannya sama seperti budak-budak yang baru belajar main TikTok,” katanya lagi.

Potongan video sensasi itu diambil daripada program All Together Now Malaysia yang menampilkan Neeta sebagai seorang daripada 50 juri dan bangun untuk menyokong persembahan salah seorang peserta.

“Ketika itu, peserta bernama Ajoi sedang membuat persembahan dan mendapat markah penuh iaitu 100 markah. Jadi, kami semua bangun untuk memberikan sokongan.

“Sedang orang lain sibuk menonton persembahan peserta, saya tak sangka pula ada mata yang menonton benda lain,” katanya geram.

Sehingga kini, video itu masih lagi tidak dip4dam di akaun TikTok dan sudah meraih jumlah hampir 500,000 tontonan.

Penyanyi dan pengacara Neeta dan syarikat rakamannya, Nar Records Sdn Bhd membuat laporan polis terhadap seorang pengamal media selepas individv terb4bit did4kwa menjatvhkan maru4hnya.

Ketua Bahagian Pemasaran Nar Record, Becky Zulkepli, memberitahu lap0ran itu dibvat di Balai Polis Taman Tun Dr Ismail kira-kira jam 10.30 malam tadi.

Katanya klip video yang ditularkan melalui aplikasi TikTok itu amat memalukan dan menyeentuh sensitiviti serta marvah Neeta sebagai wanita.

“Ia dibuat dengan niat atau tujuan apa masih tidak dapat dipastikan kerana usaha untuk menghubungi individu terbabit gagal kerana tiada sebarang maklum balas diberikan hingga kini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Video memaparkan tulisan “salah parking” itu dipercayai merujuk kepada aksi pemilik nama penuh Neeta Manishaa Manogaran memegang dadanya sewaktu dia menjalani proses rakaman program All Together Now Malaysia baru-baru ini.

Kata Becky, bagi segelintir orang ia mungkin suatu perkara kecil tetapi pihak pengurusan tetap menyelar perbuatan tersebut kerana video itu mengundang kecaman dan tomahan orang terhadap anggota Neeta.

“Video tersebut masih belum di p4damkan seolah-olah individu tersebut tidak mengambil peduli langsung dengan kejadian ini,” katanya.

Orang dalam industri yang sebarkan

Sementara itu, Neeta, 26, yang juga vokalis iamNeeta itu berkata, dia berasa terkilan kerana individv terb4bit bukanlah orang lain sebaliknya seorang pengamal media yang berjawatan tinggi.

“Neeta mengambil keputusan untuk membuat lap0ran polis atas desakan pihak pengurusan.

“Tapi Neeta bukanlah ingin memperbesarkan isu dan bukan ingin mengadu domba tapi agar individv itu dan sesiapa saja pengguna media sosial dapat menggunakan platform berkenaan dengan betul bukan untuk mengecam, body sh4ming atau b.uli si.ber, satu kes4lahan di bawah akt4 Suruhanjaya Kominikasi dan Multimedia,” katanya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

sumber: kosmo

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *