Baru Je Bvka Berapa Bulan, Erni Zakrie Dan Syamel Terp4ksa Jual Kedai Makan

Baru dibuka Disember lalu, penyanyi Ernie Zakri dan suaminya Syamel mendedahkan kedai makan Se-Table yang terletak di Platinum Walk, Setapak sudah pun dijual.

Ernie atau nama sebenarnya Nur Ernie Shahirah Zakri berkata, keputusan itu dibuat bukan disebabkan terjejas dengan perintah kawalan pergerakan PKP sebaliknya mengalami masalah dengan rakan kongsi.

“Kafe tu lama dah kitorang jual, ada la sebab-sebab tertentu, isu di mana kami tak boleh bekerjasama dengan a few partner kami, jadi kami ambil langkah untuk jual kedai itu.

“Kami jual bukan sebab terkesan dengan PKP, sebelum ni masa PKP masih berjalan lancar juga,” katanya kepada mStar.

Penyanyi lagu Gundah itu berkata, biarpun dalam keadaan pandemik Covid-19, dia dan suami masih tidak terjejas teruk berikutan masih mempunyai perniagaan lain.

 
 
 
 
 
Lihat siaran ini di Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Siaran dikongsi oleh @erniezakri

“Dari segi kerjaya semua terpaksa dihentikan sementara tunggu lockdown ni.

“Kalau nak kata survive tu, Alhamdulillah walaupun duduk di rumah, kami masih buat program-program bekerja dari rumah.

“Sekarang ni kami usahakan keropok lekor crispy frozen, dan permintaan dari pelanggan pun semakin banyak, walaupun tak boleh keluar rumah ini la yang kami jalankan,” ujarnya.

Sementara itu, menyentuh perkembangan peribadi, Ernie bersyukur dapat melalui fasa ‘berkurung’ di rumah bersama suami.

 
 
 
 
 
Lihat siaran ini di Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Siaran dikongsi oleh @erniezakri

“Alhamdulillah selepas berkahwin segalanya dipermudahkan, syukur sangat, kami dah settle down, sebelum ni agak kelam-kabut.

“Sebab kes makin tinggi kami prefer untuk duduk di rumah dan bersyukur ada kawan masa lock down ni, ini lah benda yang paling baik kita lakukan untuk duduk di rumah sehingga kes menurun,” ujarnya.

 
 
 
 
 
Lihat siaran ini di Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Siaran dikongsi oleh @syamel_official

Ernie dan Syamel disatukan sebagai pasangan suami isteri pada 26 Mac lalu di Masjid Puncak Alam, Selangor.

Pasangan ini kemudiannya diraikan dalam satu majlis resepsi yang berlangsung pada Sabtu lalu di Bayswater @KLCC, Kuala Lumpur.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber:mstar online

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *