“Tak Lay4k Ke Saya Bah4gia?” Lelaki Sedih Lihat Isteri N4ngis Dihiina Bersuami ‘Lembvt’

Selalunya, lelaki berpewatakan lembut ini sering dianggap sebagai ‘mak nyah’ ataupun ‘pondan’. Hakikatnya tidak semua lelaki seperti itu menyukai kaum sejenis.

Kadangkala didikan yang lembut dan sopan dari ahli keluarga membuatkan mereka berpewatakan seperti itu dan masih lagi seorang lelaki sejati. Namun, masih ada persepsi masyarakat yang memandang serong mereka sehingga sanggup menghina ciptaan Allah.

Hal ini dikongsikan oleh pengguna TikTok dikenali sebagai @oppaarkir94 apabila sering dihina sehingga isterinya tidak dapat menahan tangis kerana sedih mendengar ada individu yang sesuka hati memperlekehkan suaminya.

@oppaarkir94

Hina ke jadi lelaki lembut?Lelaki lembut tempatnya dineraka?Tak layak ke saya bahagia?Tolong jawab🥺#Fyp #fypシ #fypsounds #fypシ゚viral #love #sweet #u

♬ original sound – _azuan.daud


Dalam perkongsian video tersebut dia mengakui berasa kasihan melihat isterinya yang sentiasa bersabar dengan kerenah orang-orang yang sesuka hati menilai orang.

Enggan memikirkan kata-kata orang, pengguna TikTok itu tak pernah gagal mengambil hati isteri dengan membantu membuat kerja rumah.

Dia tetap bersyukur dan berterima kasih kerana dikurniakan seorang isteri yang setia menyokongnya serta tidak pernah malu bersuamikan lelaki berpewatakkan lembut sepertinya.

Sehubungan dengan perkongsian tersebut, rata-rata warganet meninggalkan komen positif kepada pasangan ini.

Mereka memberikan kata-kata semangat supaya tidak mengendahkan tanggapan orang lain dan memuji sebenarnya lelaki lembut ini seorang yang rajin dalam setiap kerja yang dilakukan.

Sumber: FIONA

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : https://www.motifviral.dnqj.my/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *