Tempah Makanan Dari Shanell Harun, Uqasha Senrose Tolak Diberi Percuma – “Ini Baru Betul Namanya Support Kawan …”

Pereka fesyen, Shanell Harun mendedahkan sikap aktres Uqasha Senrose, 29, yang tidak mengambil kesempatan dalam persahabatan.

Menurut Shanell, Uqasha telah menempah makanan daripada perniagaan yang diusahakannya namun menolak untuk diberi secara percuma.

“Pagi-pagi jenuh bergaduh dengan Uqasha Senrose. Dia tempah enam set kenduri Dapoq Schombi . Dia duk mintak nombor akaun, Nell saja tak mau bagi.

“Bukan apa, kami dah macam adik beradik. Tapi dia desak juga. Mau tak mau kena bagi juga la. Nanti dia merajuk,” tulisnya.

Tambahnya, dia kagum dengan perwatakan pemilik nama Nik Zaris Uqasha Nik Sen yang sentiasa membantu bisnes kecil.

“Ini baru betul namanya support kawan-kawan. Walaupun dia selebriti nama besar, dia desak nak bayar.

“Kita sebagai kawan sampai jadi segan. Ini la kot rahsia dia murah rezeki sebab selalu support bisnes kecil macam kami. Alhamdulillah,” tulisnya lagi.

Sekadar info, Shanell adalah individu yang bertanggungjawab menyiapkan busana perkahwinan Uqasha untuk malam Bollywood dan akad nikah.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : https://gempak.com/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *