“Hahaha butang sampai atas tu, punya la nak sed1h, hang fenomena…”- Fizz Fairuz

Buat penonton drama tempatan, drama berjudul Rindu Awak Separuh Nyawa merupakan antara drama pilihan untuk dilayan apatah lagi ia merupakan gandingan pertama kali antara pelakon Uqasha Senrose dan Shukri Yahaya.

Kedua-duanya bukanlah pelakon baru malah sudah cukup banyak drama lakonan mereka yang berjaya menarik perhatian ramai dan telah berjaya menempa nama sebagai pelakon terbaik dan disukai.

Shukri Yahaya juga nampaknya sekali lagi berhasil mencetuskan fenomena baru dalam kerjayanya sebagai seorang pelakon selepas membawa watak sebagai Nazril Nazim.

 
 
 
 
 
Lihat siaran ini di Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Siaran dikongsi oleh 𝒮𝒽𝓊𝓀𝓇𝒾 𝒴𝒶𝒽𝒶𝓎𝒶 (@shukriyahaya)

Ternyata, pelakon hebat iaitu Datuk Fizz Fairuz ini turut layan drama lakonan Shukri Yahaya itu dan sempat mengutarakan perasaannya buat pelakon fenomena itu di Instagram peribadinya.

Kelihatan satu babak Shukri Yahaya dalam drama Rindu Awak Separuh Nyawa itu membuatkan dia terhibur kerana butang baju sampai ke atas Shukri Yahaya itu namun dalam pada masa yang sama Fizz Fairuz mengucapkan semoga berjaya buat pelakon fenomena itu.

“Hahaha… butang sampai atas tu, punya la nak sedih. Haha bro Shukri Yahaya weiiii hang fenomena wehh.

“Hahaha jauh beza zaman jiwa t4iko dengan sekarang. Good luck bro, ” tulisnya di ruangan kapsyen berserta satu rakaman video.

Ruangan komen di posting, wargamaya turut tercuit hati mendengarkan reaksi pelakon Fizz Fairuz itu terhadap fenomena lakonan Shukri Yahaya sehingga video terbabit meraih ribuan tontonan.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Media Malaysia

Sumber : mStar

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *