Neelofa Sumbang 15 Katil Pes4kit C0vid-19 Di Melaka

MELAKA – Selebriti sensasi, Neelofa dilaporkan telah menyumbang sebanyak 15 buah katil elektronik kepada pihak Hospital Melaka di sini hari ini, yang sememangnya diperlukan bagi kegunaan pesakit Covid-19.

Perkara itu dikongsikan oleh seorang doktor pakar perubatan di bahagian kecemasan hospital berkenaan menerusi laman sosial Instagram miliknya malam tadi.

Menurutnya, kesemua katil yang diberikan Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd. Noor telah digunakan serta-merta di bahagian zon kuning di hospital berkenaan.

Tangkap layar seorang pengguna laman media sosial berhubung sumbangan katil dibuat oleh Neelofa

“Alhamdulillah…terima kasih tidak terhingga kepada Puan Neelofa atas sumbangan katil elektronik untuk kegunaan pesakit Covid di Hospital Melaka.

“Semoga Allah mengganjari amal jariah ini dengan pahala dan kebaikan di dunia dan akhirat,” tulisnya pada kapsyen gambar katil berkenaan dengan turut menandai (tag) akaun rasmi Neelofa.

Neelofa dan kakaknya, Noor Nabila kemudian dilihat turut memberi respon ‘Like’ pada hantaran berkenaan.

Doktor tersebut juga memetik hadis merujuk kepada perbuatan selebriti berkenaan yang bersifat pemurah dan tidak lokek membantu orang lain dalam kesusahan.

“Dari Ibn Umar RA bahawa Rasulullah SAW bersabda: Muslim itu saudara bagi Muslim yang lain, dia tidak menzalimi saudaranya dan tidak juga membiarkan dia dizalimi. Barangsiapa yang memenuhi hajat saudaranya maka Allah akan memenuhi hajatnya.

“Barangsiapa yang menghilangkan musibah kesusahan yang perit dari seorang Muslim, maka Allah akan hilangkan juga darinya kesusahan dan keperitannya pada hari Kiamat.

“Barangsiapa yang menyembunyikan aib saudaranya maka Allah akan sembunyikan aibnya pada hari Kiamat -Hadis riwayat Bukhari dan Muslim,” tulisnya.

Sumber:K!ONLINE

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : http://www.dnq.pw/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *