
Ke mana tumpah kuah, kalau tidak ke nasi, begitulah diibaratkan buat selebriti jelita ini, Nur Fazura dan cahaya mata perempuannya yang diberi nama Nur Fatima Aisya.
Jika sebelum ini ramai mengatakan wajah Nur Fatima Aisya salin tak tumpah seperti bapanya, Fattah Amin manakala kecomelannya pula seperti Fazura dimana si cilik popular ini nampaknya tidak lama lagi akan genap berusia setahun.
View this post on Instagram
Anda lihat sahajalah rakaman terbaru yang mengundang dua beranak ini pula menjadi bualan hangat pengguna TikTok lagi selepas Fazura berkongsikan iklan terbaru mengenai koleksi tudung miliknya.
Seperti sedia maklum, Fazura sejak melancarkan tudung jenamanya sendiri mengundang koleksi yang dijual sentiasa menjadi perhatian peminat.
Walau bagaimanapun, rakaman comel itu dikongsikan semula di ruangan TikTok ini dan menarik perhatian ramai dengan bermacam-macam komen. Sehubungan hantaran video itu juga, gelagat Fazura dan Fatima turut menjadi tumpuan dengan mencuit hati netizen.
Fatima and mommy 💖 ##fattzurajunior ##fyp
Dalam pada masa yang sama, gelagat Fazura dan Fatima itu mengundang rasa ‘geram’ peminat kerana mereka dilihat dalam video tersebut sangat comel.
“Alahai comel la Fatima dan mommy”
“Halah halah comel nyaaa”
“Geram lah dengan Fatima ni, comel sangat sangat sangat… macam mak dia”
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook
Sumber : HCL