Gelagat Anak Jep Sepahtu, Dariya Tolong Jaga Adik – “Comel Je Yang Last Tu”

Si cilik anak kepada Jep Sepahtu dan Sari Yanti bernama Dariya ini sering mendapat perhatian ramai. Biarpun memiliki dua lagi adik di bawahnya dan abang, namun telatah si cilik comel ini paling mencuri ‘hati’ warganet.

Baru-baru ini satu video memaparkan anak kecil bijak ini telah dikongsikan menerusi Instagram ibunya yang juga seorang pelakon, Sari Yanti. Dalam rakaman tersebut kelihatan Dariya bersiap cantik untuk menolong ibunya menjaga adik-adik.

Apa yang membuatkan ramai tertarik dengan rakaman ini adalah gelagat Dariya yang berzikir sambil mendodoikan adiknya. Lebih mengagumkan apabila adiknya tertidur mendengar aluanan suara si kakak bijak ini.

Berikut adalah rakaman gelagat anak Jep Sepatu, Dariya tolong jaga adik yang dikongsikan ini:

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Sari Yanti (@sariyanti)

Alahai comel dan pandai betul! Nampaknya di usia masih kecil sudah boleh diharap. Pandai Sari Yanti dan Jep Sepahtu didik anak-anak mereka. Apa-apa pun perkongsian video Dariya tolong jaga adik ini telah meraih lebih 270 ribu tontonan dan 42 ribu likes.

Rata-rata warganet turut memuji kecomelan Dariya ini dan meninggalkan reaksi mereka mengenainya di ruangan komen seperti berikut:

“Alahai merdunya suara kakak dodoikan adik, terkejut tiba2 ‘shayang!!’”

Dariya Tolong jaga adik 3

“Halololo dengan pelatnya tu shomell sangat lah”

Dariya Tolong jaga adik 2

“Halah2 masyaAllah comelnya kakak dia pun jaga adik2”

Dariya Tolong jaga adik 1

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : HCL

Leave a Reply

Your email address will not be published.