
Gara-gara kentut, hubungan cinta sepasang kekasih muda di Indonesia putus di tengah jalan apabila si teman wanita tidak boleh menerima gurauan kekasihnya, lapor Suara.com.
Menerusi rakaman video yang dimuat naik di akaun TikTok @jomblohappy20, sepasang kekasih dilihat sedang bertengkar di dalam sebuah bilik.
Melampau Gurau Kentut Depan Muka Kekasih, Patut Ke Minta Putus?
Difahamkan, mereka berdua berbalah apabila lelaki berkenaan memilih untuk melepaskan kentut di hadapan teman wanitanya sebagai gurauan.
Ternyata perbuatannya itu tidak dapat diterima oleh wanita tersebut, lalu meminta hubungan mereka diputuskan serta-merta.
Bagaimanapun, permintaan untuk memutuskan hubungan itu tidak dilayan lelaki berkenaan, sebaliknya dia terus mengusik kekasihnya.
“Kenapa perlu bersikap biadap dan kentut di hadapan saya? Saya tidak sangka perangai anda sangat buruk dan kurang adab,” kedengaran kata-kata wanita itu dalam video tersebut.
Video 1
jdi cwok kok suka ngungkit
Video 2
Ni gua klarifikasi dari vidio pertama kemarn,gw tau kentut depan pasangan itu emng hal spele.tpi harus tau batasan. Biar bcandanya gk klewatan
Situasi video itu mengundang tawa netizen yang menganggap ia antara punca perpisahan paling merepek pernah didengari.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook
Sumber : kosmo