Penangan cikgu muda, ada yang sanggup rentas dari Johor ke Terengganu nak belajar memandu

Video memaparkan seorang jejaka berusia 19 tahun yang bertugas di sebuah pusat latihan memandu di Setiu, Terengganu ternyata mencvri tumpuan ramai.

Malah, video guru memandu muda tersebut turut meraih ratusan ribu tontonan dan dihujani dengan pelbagai komen daripada netizen.

Menurut Muhammad Aufa Aisan Mohd Hashiri, dia sebenarnya bekerja dengan bapanya yang juga seorang guru memandu dan sama sekali tidak menyangka video memaparkan dia sedang bertugas akan tular di aplikasi TikTok.

Aufa juga berkebolehan sebagai tukang gunting rambut.

Jelas anak ketiga daripada enam beradik itu, dia mula bertugas di pusat latihan memandu itu sejak menamatkan pengajian peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun 2019.

“Ayah ajak saya bekerja. Jadi saya mula tolong ayah sejak tamat SPM masa tahun 2019. Selain saya, abang pun turut bekerja dengan ayah.

“Saya sendiri dah ada lesen memandu sejak umur 17 tahun. Video ketika mengajar itu saya kongsi di TikTok sebagai kenangan saja. Nak tunjuk bagaimana kita mengajar.

“Agak terkejvt bila viral. Ramai juga yang datang belajar tegvr saya, mereka kata kenal melalui TikTok. Alhamdulillah setakat ini belum ada komen neg4tif.

“Ramai juga yang mesej saya tanya mengenai proses untuk dapatkan lesen. Orang dari Johor pun ada mesej dan bertanya, dia nak datang buat lesen di sini,” ujarnya.

Mesra disapa Aufa, dia mengakui tugasnya dalam mengajar individu yang mahu mendapatkan lesen memandu tidak semudah yang disangka.

Masa mengajar tak boleh m4rah-m4rah, nanti pelajar pun tak boleh fokus dan dia jadi lagi t4kut.

AUFA

Selain cab4ran untuk memberi kefahaman kepada mereka, dia turut berdepan dengan ins1den apabila kereta yang dikemudi pelajarnya hilang kawalan ketika berada dalam litar pemanduan.

“Banyak cab4ran. Ada juga anak murid yang deg1l. Kita suruh pusing kiri, dia pusing kanan. Ada yang susah faham. Yang penting kita kena sabar.

“Pekerjaan ini ada susah dan senangnya, kalau tak sabar memang tak boleh. Saya berhadapan dengan macam-macam ragam orang.

Antara video yang dikongsi menerusi TikTok.

“Banyak juga berlaku kejadian tak diingini. Antaranya kereta yang dipandu pelajar naik sampai atas divider.

“Tapi ujian bukit yang paling ramai orang t4kut. Tapi jangan risau, kami akan ajar perlahan-lahan. Masa mengajar tak boleh m4rah-m4rah, nanti pelajar pun tak boleh fokus dan dia jadi lagi t4kut,” ujarnya lagi.

Dalam pada itu kata Aufa, dia peka dengan komen-komen yang ditinggalkan menerusi TikTok selepas video memaparkan dirinya tvlar baru-baru ini.

Kata Aufa, kesab4ran menjadi kunci utama dalam bertugas.

Ujar anak muda itu, dia menerima segala komen us1kan khususnya dari kaum hawa dengan hati terbuka dan menganggap ia sebagai satu gurauan sahaja.

Selain bekerja dengan bapanya di pusat latihan memandu, Aufa juga membuka sebuah kedai gunting rambut selepas tamat persekolahan.

Posting video Aufa di TikTok turut dihujani dengan pelbagai komen netizen.

Menurut Aufa, dia sendiri akan ke kedai dan mem0tong rambut pelanggan jika mempunyai kelapangan selepas seharian bekerja di pusat latihan memandu.

Pada masa sama, dia turut memasang impian untuk berkhidmat sebagai pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) suatu hari nanti.

Video

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Metro Press

Sumber : mStar

Leave a Reply

Your email address will not be published.