[VIDEO] Giliran Faizal Tahir bimbing mat salih ucap syahadah -“Saya tak fikir panjang, terus tinggalkan kerja”

MOMEN mengajar seorang saudara baharu mengucapkan dua kalimah syahadah merupakan satu pengalaman yang cukup indah dalam hidup penyanyi Faizal Tahir.

Menurut Faizal, 42, dia teruja apabila dapat membimbing dan menyaksikan sendiri seorang lelaki warganegara New Zealand memeluk Islam di sebuah kandang kuda yang terletak di Cameron Highland, Pahang pada Isnin lalu.

“Ini kali pertama saya diberi peluang oleh adik saya, Anas Tahir dan Hidayah Centre Foundation (HCF) untuk membimbing seorang saudara baharu memeluk Islam.

“Ceritanya… pagi Isnin itu saya dapat mesej daripada pembantu memaklumkan mengenai program syahadah ini, saya tak fikir panjang terus bangun bersiap ke lokasi dan tinggalkan semua kerja.

“Lelaki berusia 60-an itu merupakan pemilik kandang kuda berkenaan dan sudah 12 tahun bercita-cita nak masuk Islam.

faizal 1

Faizal ikuti program yang dianjurkan Hidayah Centre Foundation.

“Alhamdulillah… dapat membimbingnya mengucapkan kalimah syahadah merupakan satu momen cukup indah buat saya,” katanya ketika dihubungi mStar.

Sebelum itu, menerusi Instagram Faizal berkongsi video dia mengajar seorang lelaki mengucap kalimah syahadah disaksikan oleh adiknya, Anas yang juga penyampai radio Zayan dan wakil Hidayah Centre Foundation.

Sejujurnya memang dah lama saya pasang niat untuk buat benda ini, jadi apabila ada peluang macam ini saya tak sia-siakan.

FAIZAL TAHIR

PENYANYI

Perkongsian Faizal itu menerima pujian dan mengundang sebak dalam kalangan pengikutnya di laman berkenaan.

Mengakui seronok mengikuti pertubuhan kebajikan untuk saudara baharu dan mualaf itu, penyanyi lagu Sampai Syurga ini berkata dia akan bergerak lebih aktif bersama organisasi berkenaan.

TONTON VIDEO FAIZAL TAHIR INI!

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Faizal Tahir (@faizal_tahir)

“Sejujurnya memang dah lama saya pasang niat untuk buat benda ini, jadi apabila ada peluang macam ini saya tak sia-siakan.

“Adik saya dah biasa dengan program syahadah begini… tapi untuk saya ini merupakan pengalaman baharu. Sebelum ini saya hanya berkesempatan mengikuti event seperti berbuka puasa dan lain-lain.

“Hidayah Centre Foundation ditubuhkan untuk menjaga kebajikan mualaf, membimbing mereka yang mahu memeluk Islam dan menjaga kebajikan mereka selepas memeluk Islam, InsyaAllah selepas ini mungkin saya akan lebih aktif bersama organisasi ini,” ujarnya.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Metro Press

Sumber : mStar

Leave a Reply

Your email address will not be published.