“Mak Jumpa Abang Disana Ye” – Ibu Ali Puteh Telah Pergi Buat Selama-Lamanya

Pelawak terkenal, Ali Puteh berkongsi khabar dvka pada tengah malam Khamis apabila ibunya yang tercinta, Sabariah Arshad telah pergi buat selama-lamanya.

Ali Mohon Doa Buat Allahyarhamah Ibu Tercinta 

Menerusi sebuah hantaran yang dibuat Ali di laman Instagram, pelawak itu berkongsi foto kenangan bersama Allahyarhamah ibunya selain menulis kapsyen yang menyentuh hati.

“Assalamualaikum..mak saya telah pergi mengadap Ilahi..doakan buat mak saya ya semua..mak jumpa abang(Arwah Abam Bocey) disana ya..” tulis Ali

Dikebumikan Sebelum Solat Jumaat 

Difahamkan, Allahyarhamah meningg4l dunia di Hospital Selayang selepas dimasukkan ke zon kr1tikal (zon merah) pada Selasa lalu akibat ser4ngan asm4. Dalam hantaran susulan, Ali atau nama sebenarnya Syed Ali Mubarrak Al Jufri memaklumkan jenazah ibunya akan dikebumikan pada hari ini di Tanah Perkuburan Sg Pusu, Gombak sebelum solat Jumaat.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by SYED ALI MUBARRAK AL JUFRI (@aliputeh_official)

Sekadar info, sebelum ini Allahyarham Abam Bocey dan penyanyi popular, Allahyarhamah Siti Sarah turut dikebvmikan di tanah perkuburan yang sama.

Salam takziah dari kami di Murai.my. Al-Fatihah.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Metro Press

Sumber : muraimy

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *