[VIDEO] “Biasa Kita Tengok Video Masak Je” -Khairul Aming Tayang Studio Di Rumah Bernilai RM15 juta

Siapa sangka dari seorang selebriti instagram kini Khairul Aming menjadi seorang usahawan muda yang berjaya. Kami rasa, ramai yang sudah mengenali beliau yang sentiasa berkongsi video resipi makanan di media sosial.

Sebut sahaja ‘Sambal Nyet’, pasti ramai yang telah mencuba produk keluaran jenama beliau sendiri ini.  Manakan tidak, produk ini tersangatlah laris sampai berkali-kali Khairul Aming kena ‘restok’ di Shopee sebab habis terjual.

Kalau dilihat pada hasil jualannya, tak mustahil lah kini Khairul Aming layak digelar jutawan muda. Baru-baru ini seorang Youtuber dengan saluran bernama Hazim Hamdan Vlogs berkongsi studio masakan Khairul Aming di rumahnya.

Agak mengejutkan, Khairul Aming sendiri mengakui bahawa studio-nya itu bernilai RM 15 juta. Fuhh!

Dalam video tersebut, Khairul Aming sempat membawa penonton meninjau persekitaran studio-nya yang begitu cantik dan mewah. Studio ini dilengkapi dengan peralatan yang digunakan untuk merakam video masakan beliau.

Hebat bukan? Jadi para usahawan di luar sana, jadikan lah Khairul Aming sebagai inspirasi untuk terus berjaya dalam perniagaan.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Metro Press

Sumber : https://murai.my/

Leave a Reply

Your email address will not be published.