[VIDEO] Ger4m Lihat Pemandu Myvi Buang S4mpah Merata-Rata, Lelaki Ini ‘Pulangkan’ Semula Samp4h

Jika anda ialah seorang pengguna jalan raya, pasti anda pernah melihat situasi di mana pengguna jalan raya lain membuang sampah dengan sesuka hati di tengah jalan raya.

Baru-baru ini, seorang pengguna Facebook yang dikenali sebagai Wan Johan Ariff ada memuat naik sebuah video berkenaan situasi yang hampir serupa melibatkan pembuangan sampah.

Menerusi video tersebut, dilihat pemandu kereta Perodua Myvi membuang sampah seakan-akan kotak pembungkusan rokok di tengah-tengah jalan raya. Difahamkan, aliran trafik agak perlahan pada ketika itu.

Mungkin geram dengan tindakan tidak bertanggungjawab pemandu Myvi itu, lelaki ini bertindak keluar dari keretanya dan mengutip semula sampah tersebut.

Lalu, dia memulangkan semula sampah menerusi ruang tingkap kereta tersebut dan dilihat sempat memberi teguran kepada pemandu berkenaan tindakannya itu.

3

Video ini mendapat perhatian ramai warganet, yang rata-ratanya memuji tindakan lelaki ini kerana berani menegur pengguna jalan raya yang lain.

Tidak kurang juga ada yang berkongsi situasi di mana mereka sering berhadapan dengan pengguna jalan raya yang suka membuang sampah sesuka-hati.

A

B

D

E

Tindakan lelaki ini yang tidak mendedahkan nombor plat kereta Myvi tersebut turut dipuji warganet. Jelas lelaki ini, dia hanya mahu menegur dan tidak mahu mendedahkan aib pemandu tersebut. 

C

Salute buat abang ni!

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Metro Press

Sumber : lobakmerah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *