6 Jam ‘Down’, Ini Jumlah Yang Mark Zuckerberg Rugi! Turun Kedudukan Manusia Terkaya Di Dunia

Ini bukanlah kali pertama aplikasi Instagram dan Facebook mengalami masalah gagal untuk diakses oleh pengguna seluruh dunia namun sejak tengah malam hingga awal pagi tadi aplikasi ini kembali mengalami masalah yang sama.

Tiga Aplikasi Alami Masalah Serentak 

Lebih memburukkan keadaan, aplikasi Whatsapp yang dimiliki oleh syarikat Facebook turut mengalami masalah secara serentak dan dikhabarkan ia merupakan gangguan paling lama pernah terjadi pada aplikasi syarikat itu yang telah diguna pakai di seluruh dunia.

Rugi Berbilion! 

Dalam perkembangan berkaitan, media turut melaporkan pengasas dan juga pemegang saham terbesar Facebook, Mark Zuckerberg terpaksa menanggung kerugian sebanyak $7 bilion (RM29.22 bilion) selepas saham syarikat itu dikatakan turun sebanyak 5%.

Serentak dengan itu juga, kedudukan Mark sebagai manusia kelima terkaya di dunia juta turun di tangga keenam gara-gara isu tersebut. Mark dengan jumlah kekayaan sebanyak $120.9 bilion (RM505.241 bilion) kini berada di keduukan belakang Bill Gates.

Menerusi sebuah hantaran di laman Facebook, Mark memohon maaf secara terbuka atas kesulitan yang berlaku sehingga menjejaskan pelbagai urusan pengguna mereka di seluruh dunia.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Metro Press

Sumber : muraimy

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *