“Satu Sen Pun Tak Bayar Hut4ng,”- Didi Astillah Kecew4 Dikhi4nati Kawan Baik

Bagai melepaskan anjing tersepit. Itu perumpamaan yang paling sesuai dengan situasi yang dihadapi penyanyi dan pelakon Didi Astillah ketika.

Menurut Didi, dia benar-benar terkilan dengan sikap seorang individu yang sudah dikenali lebih daripada 10 tahun yang tiba-tiba berubah angkara wang.

Lebih memburukkan keadaan, individu yang pernah menjadi seorang sahabat baiknya itu bukan sahaja tidak mahu membayar hutang bahkan mereka-reka cerita dan menyebarkan cerita buruk tentang dirinya.

“Sudahlah meminjam duit kita bertahun-tahun dan mengelak untuk bayar walau satu sen pun.

“Saya tidak kisah sangat yang itu. Paling saya sedih dan terkilan dia cakap dan jaja cerita buruk pula tentang saya pada orang lain,” katanya kepada Kosmo! Online.

Tambah Didi atau nama sebenarnya Dayang Nazilah Awang Astillah, 25, dia sebenarnya sudah lama memendam rasa dan bersabar dengan apa yang dilakukan rakan baiknya itu.

“Kalau ikutkan sudah lama saya pendam perkara ini sendirian. Tapi kali ini memang betul-betul buat saya hilang sabar dan tidak tahan,” katanya lagi.

Terdahulu, menerusi hantaran dalam Instagram, adik kepada pelakon Bella Astillah itu meluahkan apa yang terbuku di hatinya agar menjadi tauladan buat pengikutnya.

“Sebenarnya tak suka nak bercerita pasal topik ini. Tapi cuma nak kongsi rasa terkilan dilayan bekas ‘kawan rapat’ sendiri.

“Masa minta tolong dia janji ini dan itu, dan tanpa berfikir panjang saya tolong atas dasar kawan rapat. Dalam perhubungan memang saya jenis tidak berkira.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by DA (@didiastillah)

“Setelah bertahun, saya ambil keputusan untuk tanya balik, tapi bermacam alasan pula diberi. Paling terkilan, dia cerita dan jaja perkara buruk mengenai saya kepada rakan-rakan lain yang memperlihatkan seolah-olah saya yang meminjam duit dengannya,” tulisnya.

Pada hantaran sama, pelakon drama Perisik Cinta Tidak Diundang itu turut menasihatkan pengikutnya agar tidak mudah mempercayai orang lain walaupun kawan baik sendiri.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Metro Press

Sumber : https://www.motifviral.dnqj.my/

Leave a Reply

Your email address will not be published.