“Saat Masuk Ke Liang Lah4d, Dos4 Masih Berjalan Kerana Video Aksi Begitu”

Sejak beberapa hari lalu hangat diperkatakan mengenai Pencetus Ummah (PU) Syed Bakri yang tampil menegur usahawan sensasi, Kak KM mengenai kaedah pemasaran yang keterlaluan dan mempunyai aksi luc4h.

Perkara itu turut mendapat perhatian penceramah terkenal, Ustazah Asma’ Harun yang meluahkan rasa kes4l dengan sikap Kak KM seolah tidak menhiraukan teguran.

“Sungguh, saya terkesim4 melihat beberapa video beliau dan lagi terkilan bila turut melibatkan si anak, maaf saya tak sanggup tengok lebih banyak.

“Ia ditonton oleh ribuan tanpa sekatan dan tapisan, pelbagai peringkat umur dan jantina, apa yang mereka fikir dan rasa saat melihat tak boleh dibayangkan kesan bvruknya.

“Ini sebuah barah yang makin kr0nik dalam masyarakat, terutama di kalangan “founder” produk seumpamanya,” katanya.

Menerusi satu perkongsian di Facebook Asma turut menegur secara umum tentang sikap peniaga yang lebih memetingkan keuntungan berbanding keredaan Allah.

“Kalian teruja apabila tontonan di media sosial meningkat, bagitu juga dengan jualan, walaupun dengan jalan m4ksiat yang dilakukan secara terbuka atas tujuan “marketing”…

“Kerana ingin mengaut keuntungan dunia yang sementara, harga dan maru4h diri wanita muslim sanggup digadaikan begitu saja, jika iman tidak boleh menghalang, dimana perginya rasa maIu dalam diri?,” tulisnya.

Asma turut mengingatkan bahawa tiada siapa mengetahui bila aj4l mereka tiba dan bimbang tidak sempat memadam perkongsian foto atau video di media sosial.

“Pernahkah terfikir bagaimanakah jika suatu hari nanti dipanggil bertemu-Nya, dalam keadaan sudah masuk ke liang l4had, namun dos4 masih berjalan kerana video-video dengan aksi sebegitu masih kekal berada di media sosial.

“Nauzubillahiminzalik. Moga sempat dipadam oleh diri sendiri bukan waris, kerana itu adalah tanda sempat bertaubat sebelum m4ti,” katanya.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Metro Press

Sumber : Rotikaya

Leave a Reply

Your email address will not be published.