Pelakon Squid Game Pun Tak Ada Jutaan “Follower” Tapi Mampu Tarik Ramai Orang Tengok -Nam Ron

Kebelakangan ini hangat diperkatakan mengenai isu panas iaitu keputusan stesen TV berasaskan penstriman yang menetapkan syarat pelakon yang ingin muncul dalam saluran itu perlulah mempunyai jumlah pengikut atau ‘followers’ lebih sejuta di Instagram.

Disebabkan itu, ramai di kalangan artis, pengarah dan penerbit tampil mengulas dan mempersoalkan tentang ketetapan syarat yang diibaratkan seperti tidak masuk akal.

Memetik Malaysiapost, pengarah dan pelakon versatil, Nam Ron berkata karya yang baik mampu menjulang barisan pelakon yang membintangi drama atau sesebuah filem tersebut.

“Karya yang baik, yang mempunyai roh akan sendirinya menarik orang ramai menontonnya. Gaya penceritaan baik mampu menjulang sesuatu karya itu menjadi terbaik.

“Ini telah terbukti menerusi drama Squid Game, tanpa pelakon bintang yang mempunyai ‘follower’ berjuta di media sosial, tapi mampu menarik orang ramai menontonnya kerana apa… Kerana jalan penceritaan yang baik, naskah karya lain daripada yang lain,” katanya kepada Malaysiapost.

Mengulas mengenainya, pengarah filem One Two Jaga itu berkata, drama berasal dari Korea Selatan itu membuktikan karya yang baik bukan sahaja menarik penonton di negaranya sendiri, malah di seluruh dunia.

“Jadi nampak tak, terbukti penceritaan karya adalah faktor utama kejayaan sesebuah drama dan filem. Boleh berjaya di peringkat antabangsa.

“Apa yang melucukan, pelakon Squid Game sebelum ini tak ada media sosial pun, tak ada Instagram. Baru-baru ni mereka baru ada, itu pun mesti produksi suruh buka akaun sebab drama tu dah viral seluruh dunia.

“Jadi karya yang hebat akan mengundang populariti pelakon itu kemudian, dan pastinya karya hebat diterjemahkan oleh pelakon berbakat,” katanya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by TA Nam Ron (@_nam_ron_)

Bagaimanapun Nam Ron atau nama sebenarnya Shahili Abdan berkata, pelakon berbakat yang memiliki ramai pengikut di media sosial adalah satu bonus kepada pelakon tersebut.

“Biarlah pelakon itu punya follower satu juta, 5 juta atau 10 juta tapi tanpa bakat karya itu pasti tidak ke mana, akan hancur.

“Apa yang lebih menakutkan ia bukan sahaja menghancurkan karya itu, tetapi industri ini sendiri, orang akan kata sesiapa pun boleh berlakon dan tengok hasilnya sama sahaja yang mengakibatkan orang tak nak menonton lagi karya tempatan. Itu yang kita bimbang.

“Jadi pentingnya bakat, ada bakat, ada pengikut yang ramai di media sosial itu adalah bonus buat seseorang pelakon,” katanya.

Terdahulu, Nam Ron menerusi haantaran di Instagram dan Twitter memuat naik dua gambarnya tidak berbaju, sebagai sindiran terhadap isu saluran televisyen (TV) penstriman meletakkan syarat bagi watak utama mempunyai sejuta pengikut di Instagram.

Dalam hantaran sama, Nam Ron menulis keterangan secara sinikal mengenai ‘strategi’ yang dilakukannya untuk menyahut cabaran stesen TV yang mahukan pelakon dengan sekurang-kurangnya sejuta pengikut di media sosial. 

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by TA Nam Ron (@_nam_ron_)

Ada kebenarannya juga apa yang dikatakan oleh Nam Ron, apa sudah jadi dengan industri kreatif hiburan kita. Bila difikirkan, apa relevannya jumlah pengikut dengan kebolehan atau bakat lakonan yang dimiliki seseorang pelakon? Apakah jumlah pengikut yang ramai benar-benar boleh menjanjikan jumlah tontonan yang tinggi? 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Metro Press

Sumber : https://hiburan.cari.com.my/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *