“Abang Panda Lagi” – Netizen Terhibur Tengok Rider Makanan Tolong Siapkan Order Di Restoran

Sejak kerajaan umumkan kebenaran dine-in untuk yang dah lengkap dua d0s vaks1n, ramai yang ambil kesempatan untuk ke restoran kegemaran masing-masing kan.

Tuan kedai pun sampai tak cukup tangan lah nak siapkan order pelanggan dine-in, masuk sekali dengan yang order delivery memang lambat lah order dapat.

Menyedari keperluan menyiapkan order untuk dihantar ke pelanggan di rumah, seorang rider makanan mengambil keputusan untuk siapkan order tu sendiri.

Takut kena marah dengan pelanggan disamping nak kejar job delivery, cara terbaik nak pastikan makanan siap ialah tolong restoran buat makanan.

Korang boleh tengok gelagat rider tu dalam video @arivinraj_turu kat bawah ni.

Netizen terhibur

Bijak betul keputusan yang diambil oleh rider tu. Makanan pun dapat cepat, pelanggan yang order delivery pun tak marah. Bagus!

Min rasa, dia mesti ada pengalaman makanan lama sangat nak siap kat kedai tu. Itu pasal dia masuk dan tolong siapkan order. 

Belajar dari pengalaman. Dia tolong buat, cepat sikit order siap. Kerja dia settle, customer pun dapat makanan. Semua orang happy. 

Mungkin dia ada skill dan mungkin juga dia pernah kerja kat situ. Benda memang dia dah tahu, dia buat je terus bagi settle. 

Ni min setuju. Rider-rider ni memang banyak background yang ada skill-skill tertentu. Memang tak hairan lah asal ada video viral je, mesti ada rider makanan, hijau ke pink ke semua muncul kat situ. 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Metro Press

Sumber : http://transformasi.host/

Leave a Reply

Your email address will not be published.