Erra Fazira Kini Bergelar Isteri Kedua Ahli Politik?

Sejak semalam hangat diperkatakan di laman Twitter seorang netizen berkongsikan mengenai khabar angin mendakwa pelakon dan penyanyi Erra Fazira kini bergelar isteri kedua kepada seorang ahli politik.

Menerusi perkongsian di Twitter, netizen itu turut mempersoalkan sama ada isteri pertama kepada ahli politik berkenaan tahu tentang perkara itu atau tidak.

Perkongsian netizen itu ternyata mengejutkan ramai serta bertanyakan dari mana mendapat khabar angin tersebut serta mempersoalkan kesahihan dakwaan berkenaan. Bagaimanapun itu hanya dakwaan netizen, tidak dapat dipastikan kesahihahn mengenai dakwaan bertebaran itu.

Terdahulu, Erra pernah mendirikan rumah tangga dengan pelakon dan pengarah Datuk Yusry Abdul Halim pada 2003 namun berpisah pada 2006.

Erra kemudian mendirikan rumah tangga dengan Engku Emran pada 2007 namun bercerai pada 2014. Hasil perkahwinan mereka dikurniakan seorang cahaya mata, Engku Aleesya kini berusia 12 tahun.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Metro Press

Sumber : Rotikaya

Leave a Reply

Your email address will not be published.