Norman Hakim Terkejut Abby Abadi & Memey Dah Siap ‘Plan’ Nak Bercuti, “Bestnya Ada Family Besar”

Pelakon, Norman Hakim memuat naik beberapa foto perbualan ‘Whatsapp’ di antara isterinya, Memey Suhaiza dan bekas isterinya iaitu Abby Abadi.

Menerusi perbualan tersebut, Abby dan Memey kelihatan bersungguh-sungguh melakukan persiapan mengenai pakaian mereka dan seluruh ahli keluarga ketika bercuti nanti.

Wow bestnya.

Dekat dua tahun tk nampak memo ni

Hmmm dekat dua tahun tak nampak memo mcm ni. Ni pun nasib ternampak dalam telefon isteri. Tiba-tiba rasa ‘cramp’ pula otak sebab lama naw tak ‘warming up’ bab ni.

Menurut Norman, sewaktu pengumuman rentas negeri dibuat pada hari Ahad yang lalu, Memey dan Abby terus merancang percutian untuk keluarga besar mereka.

Lebih menarik, mereka berdua turut merancang aktiviti yang bakal dilakukan serta pemilihan warna pakaian yang sama ketika bercuti nanti.

Sebagai lelaki, Norman sempat berseloroh dan menyatakan bahawa perancangan tersebut sehingga hujung tahun. Mana taknya, perbualan Whatsapp di antara Memey dan Abby sangatlah panjang dan ‘detail‘.

Tk larat nak baca habis. Bab ni memang salute la kat kaum hawa memang efisien.

Supaya tk terkejut

So anak-anak especially @danishhakimofficial @marissadania_@m_danishaa please take note warna pelangi yang kena standby okay supaya tak terkejut bila memo rasmi ni keluar nanti. Tak lama lagi ni. Korang especially kaum hawa pun memang biasa juga ke buat plan kejutan macam ni? P/S: Any info traffic KL-Kuantan petang ni? Jem ke tak.

Di akhir posting, Norman turut berpesan kepada tiga orang anaknya bersama Abby iaitu Danish, Dania dan Danisha agar bersiap sedia dengan perancangan ibu mereka.

Difahamkan, Norman akan pulang ke kampung halamannya terlebih dahulu iaitu di Kuatan, Pahang bagi menyambut hari ulang tahun kelahiran ibu tercinta.

Selepas itu, Norman dan keluarga besarnya akan mula bercuti bersama-sama.

Sumber: ohbulan

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Metro Press

Sumber : https://livenewszone.com/

Leave a Reply

Your email address will not be published.