“Sanggup Tukar Pengarah Habiskan Babak” -Produksi Tak Bertanggungjawab Penahanan Niezam Zaidi

Pihak produksi sebuah filem menyatakan mereka tidak bertanggungjawab dengan penahanan Niezam Zaidi dan kru.

Ini disebabkan apa yang mereka lakukan itu adalah kesalahan bersifat peribadi.

Penerbit Eksekutif Zamriez Golden Pictures Sdn Bhd, Syafiqa Zamri berkata, pembikinan telefilem berkenaan yang diadakan di Kuala Kangsar sebenarnya sudah berakhir pada Sabtu lalu dan mereka sepatutnya pulang untuk menyambung penggambaran di Kuala Lumpur, melainkan Niezam yang telah tamat tugasnya.

Foto: mStar Online

“Sepatutnya mereka dah selesai penggambaran dengan kami dan boleh pulang tapi mereka memilih untuk terus berada di homestay,” katanya kepada mStar.

Syafiqa menambah, pihak produksi memandang serius kejadian itu dan telah mengambil tindakan drastik untuk menggantikan pengarah dan penolng pengarah bagi menyelesaikan baki beberapa babak.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Incek Steady (@niezamzaidi)

“Penggambaran di Kuala Kangsar dah selesai, kita akan beralih ke lokasi di Kuala Lumpur pula. Kami akan menukar pengarah lain untuk menyelesaikan baki penggambaran.

“Cumanya masih belum tahu lagi bila penggambaran akan disambung… kita kena susun semula jadual, tapi berkemungkinan akan disambung dalam masa terdekat.

“Untuk adegan membabitkan pelakon itu pula, semua wataknya sudah selesai dilakukan.”

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Metro Press

Sumber : mStar

Leave a Reply

Your email address will not be published.