MaIas Bersihkan Akuarium, Isteri Goreng Ikan Arowana Peliharaan Suami – “Mahal Weh, Harga Boleh Beli Lamborghini!”

Gara-gara si suami malas membersihkan akuarium, seorang isteri bertindak menggoreng seekor ikan Arowana milik lelaki tersebut.

Menerusi platform TikTok, seorang pengguna yang dikenali sebagai @miakurniawan10 memuat naik video tersebut untuk tatapan umum.

“Gara-gara suami suruh bersihin akuarium janji-janji aja, ya udah aku bersihin sendiri, tetapi akhirnya ikan itu mabuk,” katanya.

Menerusi perkongsian berdurasi 24 saat itu lagi, wanita tersebut terpaksa membersihkan akuarium itu walaupun berkali-kali suaminya berjanji akan melakukannya.

Kemudian, ikan Arowana yang terkenal dengan harganya yang mahal itu dikeluarkan daripada tempatnya dan dikatakan berada dalam keadaan mabuk semasa dibersihkan.

@miakurniawan01

goreng arwana😁##fyp

♬ Singkong & Keju Cover – akhmal.dniel

Lalu, wanita tersebut mengambil keputusan untuk menggoreng garing ikan tersebut untuk dijadikan hidangan.

Sementara itu di ruangan komen, rata-rata wargamaya terhibur melihat aksi wanita terbabit yang tergamak menggoreng haiwan peliharaan suaminya.

Namun, ramai juga yang berpendapat ikan Arowana tersebut sudah pun mati berdasarkan mata putihnya sebelum ia dijadikan hidangan.

@Muhammad ismail Ibrahim:Ikan mahal tu gila kena goreng… tak silap ikan ni bolh beli Lamborghini.”

@Sepupu Hang Jebat :Sekarang akak masih bergelar isteri kepada suami???”

@Alexandergigigraham:Ikannya udah mati duluan sebelum akuariumnya dibersihkan. Matanya udah putih semua.”

@namecannotbeblank:Rasa apa ye? “Rasa Kaya”.

@Mellrusl:Tak mampu nak goreng sebab fikirkan ayah aku bagi dia makan lipan setiap hari.”

@nfatinliyana_:Makan tu takyah membuang dah, rugi.”

“@masih ada:Suaminya pasti bangga punya isteri seperti ini.”

Sehingga kini, video tersebut telah menerima lebih 6 juta tontonan daripada warga TikTok.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Metro Press

Sumber : Gempak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *