“Anak Dara Tak Pandai Masak Tak Apa Lagi Tapi…” – Che Ta

Pelakon dan usahawan berjaya, Rozita Che Wan menitipkan pesanan buat golongan wanita, terutama anak dara supaya sentiasa ringan tulang.

Rozita yang mesra disapa sebagai Che Ta menasihatkan supaya kaum Hawa menjauhi sifat malas dan bangun pagi lewat kerana banyak perkara yang boleh dilunaskan andai amalan tersebut dielakkan.

“Saya nak bagi tips, anak dara wajib ringankan tangan bersihkan rumah, kemas rumah sapu rumah atau buat apa yang patut.

“Jangan malas. Bangun wajib awal (pagi) supaya boleh siapkan banyak benda,” katanya menerusi satu entri dalam Instagram.

Dalam pada itu, pemilik nama lengkap Rozita Abu Bakar menasihatkan, tiada siapa yang boleh membantu diri seseorang, andai sifat malas sudah menjadi kebiasaan.

“Kalau tak pandai masak, tdak mengapa sebab boleh belajar sikit demi sedikit tapi kalau pemalas memang tak boleh tolonglah melainkan diri sendiri.

“Kalau rajin, barulah bakal mak mertua sayang,” ujar Che Ta, 48, seraya berkongsi video pendek dirinya sedang membersihkan kawasan rumah.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Metro Press

Sumber : https://livenewszone.com/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *