“Bukan Filter Ye”- Bibir Harris Anuar Bengkak Bak Angelina Jolie

Pelakon Harris Anuar tidak menyangka sengatan daripada seekor tebuan mampu membuatkan bibirnya membengkak dalam skala agak luar biasa.

Menurut Harris, penampilan bibirnya yang dikatakan seolah-olah seperti aktres Angelina Jolie itu bukanlah daripada penggunaan ‘filter’ dan ia merupakan kejadian yang benar-benar berlaku.

“Kejadian berlaku awal pagi tadi waktu nak mandi, bangun untuk solat Subuh semua.

“Saya nak cuci muka, air sejuk. Then ada seekor tebuan hinggap dekat tuala.

“Saya tak perasan pun jadi bila bilas muka, then bila tutup je dengan tuala, tebuan tu terperangkap antara muka.

“Lepas tu tebuan terus zapp ketip, sengat di bibir. Terus jadi macam ni.

“Ini bukan filter ye guys,” katanya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by BANGKITBOTAK (@harrisannuar)

Ditanya mengenai kondisi kesihatannya sekarang, Harris berkata, dia terpaksa dimasukkan terus ke hospital.

“Doktor cakap kalau datang lambat tadi bah4ya, takut tahap tiga. Now masih ok tahap dua, keadaan stabil cuma tekanan darah agak rendah.

“Bengkak pun Alhamdulillah dah surut dan stabil, cuma doktor kata kena monitor jantung.

“Doktor kata ‘annaphilatic shock’ nama reaction tu,” katanya.

Sekadar info, kejutan ‘annaphilatic’ adalah reaksi alergi yang jarang berlaku.

Kejadian ‘Annaphilatic shock’ ini boleh membawa m4ut jika tidak mendapat rawatan segera.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Metro Press

Sumber : Gempak

Leave a Reply

Your email address will not be published.