
Bercerita lanjut, Wan Razali tidak menafikan berat hati untuk menjual motosikal pemberian arwah isterinya yang meninggal dunia sehari selepas diserang demam, lima tahun lalu.
Bagaimanapun, Wan Razali terdesak dan tidak nampak cara lain untuk mendapatkan wang ketika itu.
“Kira-kira 20 tahun lalu, arwah isteri hadiahkan motosikal model Honda EX5 sempena ulang tahun kelahiran saya. Ini kerana arwah tahu saya sukakan motosikal dan kurang gemar memandu kereta.
“Selepas pemergiannya, saya tidak bekerja tetapi perlu menyara anak dan Wan Nuraisyah pula baru masuk ke kolej pada waktu itu.
“Kesempitan wang memaksa saya lepaskan motosikal dihadiahkan isteri dan menjualnya dengan harga RM1,000 kepada ejen kenderaan terpakai.
“Sedihnya kerana motosikal itu ada nilai sentimental, kenangan dan salah satu hadiah berharga pernah diberikan arwah isteri kepada saya sewaktu hayatnya,” katanya.
Sementara itu, Wan Nuraisyah berkata, dia menghadiahkan motosikal itu sebagai tanda ingatan sempena ulang tahun kelahiran bapanya.
“Ayah banyak berkorban sewaktu saya belajar dulu hingga sanggup jual motosikal dihadiahkan arwah emak kepadanya.
“Kini, saya sudah bekerja dan ada punca pendapatan jadi sudah tiba masanya berkongsi rezeki dengan ayah,” katanya yang sudah berkahwin pada Mac lalu dan bakal menimang cahaya mata sulung tidak lama lagi.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Metro Press
Sumber : hmetro