“Tak Mahu Susahkan Suami” -Adira Suhaimi Pilih Untuk Bekerja, Berdikari

Penyanyi Adira Suhaimi berkata dia lebih selesa berdikari dan mencari pendapatan sendiri biarpun suaminya mampu menanggung kehidupannya.

Menurut Adira, dia lebih gembira jika memiliki pendapatan sendiri dab bekerja serta tidak mahu menyusahkan atau mengharapkan suami.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by 𝔸𝔻𝕀ℝ𝔸 𝕊𝕌ℍ𝔸𝕀𝕄𝕀 (@adira.suhaimi)

“Dari kecil saya diajar untuk mencari duit sendiri. Walaupun ada suami, saya kena ada perancangan, sekurang-kurangnya tidak terlalu mengharapkan suami. Kita kena ingat ada masa suami senang dan susah.

“Jadi, saya tidak mahu menyusahkan suami, jadi biarlah saya bekerja. Saya anggap lebih senang apabila saya memiliki duit sendiri boleh juga dikongsi pada keluarga, adik beradik dan mereka yang memerlukan.

“Saya suka membeli apa sahaja yang dimahukan dengan duit sendiri. Saya juga mempunyai perancangan masa depan untuk anak-anak. Saya pun tak tahu umur panjang atau sebaliknya, jadi adalah sikit peninggalan untuk anak-anak,” katanya.

Dalam pada itu, melancarkan produk makanan tambahan, Soo Puteh empat bulan lalu, Adira berkata dia membuka perniagaan bagi membantu orang lain yang turut berdepan kesusahan.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by 𝔸𝔻𝕀ℝ𝔸 𝕊𝕌ℍ𝔸𝕀𝕄𝕀 (@adira.suhaimi)

“Saya pernah berdepan dengan kesusahan hidup, saya tahu bagaimana rasa peritnya apabila bergelut dengan bebanan kewangan.

“Niat saya membuka perniagaan bagi membantu orang lain yang ada masalah kewangan. Sekarang saya masih mencari apa yang boleh saya lakukan untuk bantu orang lain dengan platform yang ada,” katanya.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Metro Press

Sumber : rotikaya

Leave a Reply

Your email address will not be published.