[VIDEO] Wanita Minat Hrithik Roshan Ketika Hamil, Anak Lahir Berjari 6 Sama Pelakon Itu

Setiap orang pasti mempunyai selebriti crush tersendiri. Walaupun sedar bukan mudah dapat bertemu ataupun berkenalan dengan selebriti berkenaan, tdak salah rasanya meminati mereka terutamanya karya-karya yang dihasilkan.

Menerusi perkongsian seorang wanita diruangan Tlk T0k, pengguna akaun bernama @reeen._ ini memaklumkan yang dia amat meminati pelakon Bollywood iaitu Hitrik Roshan. Aktor tersebut sememangnya kacak dan menjadi kegilaan ramai terutamanya peminat filem hindustan.

Minat sangat Hitrik Roshan

Disebabkan meminati pelakon itu, @reeen._ mengakui bahawa ketika sedang mengandung, dia suka melihat Hitrik Roshan sehingga menyimpan gambar-gambar aktor berkenaan.

Sehinggalah anaknya lahir mengalami keistimewaan sama seperti pelakon tersebut di bahagian jarinya.

Jari tangan ada enam
Bayi yang dilahirkan oleh pengguna TikTok itu mempunyai enam jari ketika dilahirkan sama seperti Hitrik Roshan yang mengalami keistimewaan tersebut.

Menerusi kapsyen yang dibuat oleh @reeen._, dia memanjatkan rasa syukur kepada Allah S.W.T diatas anugerah cukup bermakna itu dan menganggap anaknya sebagai Hitrik Roshan junior.

Perkongsian tersebut nyata mendapat perhatian ramai dan pelbagai komen telah diterima.

Rata-rata mengakui takjub dengan kekuasaan Allah S.W.T kerana secara kebetulan bayi yang dilahirkan wanita itu mempunyai persamaan dengan selebriti yang diminatinya.

Ada juga yang berkongsi pengalaman sama apabila meminati seseorang ketika hamil dan anak yang keluar mirip dengan individu tersebut.

Anak keluar muka Jongkook

Minat Shah Rukh Khan, keluar anak hidung sama

Banyak kelebihan jari 6 ni

Ada yang pengalaman sama jugak

Soalan pun macam apa

Akan tetapi, ada juga yang meninggalkan kata-kata kurang baik namun tidak diendahkan oleh pengguna TlkT0k.

Kenapa lelaki yang em0si lebih

Tk salah minat lelaki lain tapi…

“Apalah perasaan laki dia…”

Sumber : ohmymedia

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Metro Press

Sumber : https://livenewszone.com/

Leave a Reply

Your email address will not be published.