Ditvduh Pakai TangkaI Sy4itan, Khairy Jamaluddin Akui Guna 4 ‘Jin’ Ini Lindung Malaysia

Siapa sangka gelang tangan yang sering dipakai oleh Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin dijadikan bahan bualan segelintir antivaksin.

Antivaksin Tuduh Khairy Pakai Tangkal Syaitan

Menteri Kesihatan ini memuatnaik tangkap layar mesej dari Telegram, yang mana terdapat ahli dalam mesej berkumpulan itu menyentuh soal gelang tangan yang dipakai Khairy dengan mengatakan bahawa gelang tersebut merupakan tangkal sy4itan.

Foto – Instagram @khairykj/MalayMail

“Cuba teliti apa KJ pakai dekat tangan”

“Macam-macam gelang atau tali ada.”

“KJ guna tangkal dekat tangan kiri.. Ada 4 jenis jin syaitan yang dia guna untuk lindungi diri dia.” Tulis mereka di Telegram

Khairy Akui Guna 4 Jin Lindungi Malaysia

Melihat perbualan dalam aplikasi tersebut membuatkan Menteri Kesihatan ini berkongsi di media sosialnya, dan dalam masa yang sama memberi respon terhadap pemakaian tangkal yang diperkatakan individu di dalam mesej tersebut.

“Salah. Saya guna 4 jenis j1n v4ksin untuk lindungi Malaysia. Jin Pfizer, AstraZeneca, Sinovac dan CanSino” jelasnya

Terdahulu Khairy Jamaluddin memberi keterangan mengenai golongan antivaksin, dengan mengatakan terpaksa guna pendekatan untuk susahkan hidup golongan antivaksin jika enggan menerima vaksin tanpa sebab yang dibenarkan.

Sejak itu golongan antivaksin meluahkan rasa tidak puas hati mereka kepada Menteri Kesihatan terhadap pendekatan yang diambil, dengan memberi kritikan dan komen negatif menerusi media sosial.

Apa pendapat anda tentang isu ini?

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Metro Press

Sumber : muraimy

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *