“Nak Tanya Atau Nak Sakitkan Hati?” -Sering Ditanya Soal Anak, Izzue Islam Akui Tertek4n

Hampir tujuh tahun mendirikan rumah tangga, pasti pelakon dan penyanyi Izzue Islam tidak terlepas berkenaan soalan mengenai cahaya mata.

Berkongsikan mengenai perkara itu dalam program temu bual Wanita Hari Ini, Izzue mengakui pernah berasa tertekan sering ditanyakan mengenai soal anak. Izzue berkata anak memberikan kebahagiaan dalam kehidupan berumah tangga namun belum rezeki untuk mereka menimang cahaya mata.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Izzue Islam ™ (@izzueislam)

“Pada awalnya, memang ada rasa stres bila balik kampung jumpa kawan-kawan, kita dah 3-4 tahun kahwin, kawan baru sahaja dah dapat anak. Bila ada yang bertanya tu memang tak nafikan ada rasa stres, kecil hati juga kadang-kadang tu.

“Ada yang tanya serius memang nak tahu kita bila nak dapat, tapi ada juga yang kadang-kadang bertanya tu boleh menyakitkan dan mengguris hati kita,” katanya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Izzue Islam ™ (@izzueislam)

Dalam pada itu, Izzue berkata meskipun belum dikurniakan cahaya mata, dia dan isteri Awin Nurin tetap bahagia serta sentiasa bersikap positif jika berdepan soalan tersebut.

“Jadi kami memang kena positif, macam mana cara kita jawab pertanyaan tu pun kena positif supaya orang tu tak rasa yang kita stress. Jangan tunjuk kat orang yang kita stres dan walaupun kami berdua belum dikurniakan cahaya mata, kami bahagia Alhamdullilah,” katanya.

Untuk rekod, Izzue mendirikan rumah tangga dengan Awin Nurin pada 2 Jun 2013.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Metro Press

Sumber : Rotikaya

Leave a Reply

Your email address will not be published.